Bukan mudah untuk mencipta satu semangat baru. Bukan mudah untuk membina semula kekuatan.
Ianya seolah luluh dibawa arus masa.
Bukan mudah bagi aku untuk meneruskan perjuangan di sini. Ianya tampak mudah. Tapi, mudah kah?
Keupayaan aku seolah diperkotak katikkan. Rasa hancur berderai hati ini. Saat ini terasa diri ini kerdil sangat-sangat.
Penghujung 2015 dan permulaan 2016 yang serupa. Tiada kegembiraan tetapi selubungi kesayuan. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Mereka tidak berada di situasi ku. Mereka tidak akan tahu dan ianya tidak akan pernah sama.
Aku pernah susah. Aku pernah merungut. Aku pernah kentalkan hati untuk melalui semua itu.
Aku sering balik lewat suatu ketika dulu. Dan bila sekarang dapat pulang tepat pada waktunya, jangan kau kata aku hanya bersenang lenang.
Punyalah aku bersungguh menempuh masa dari 8 pagi hingga 6 petang saban hari, meneliti hasil kerja sendiri agar tiada kesalahan. Yang penting padaku, tanggungjawab ku sebagai pekerja. Yang penting kerja ku siap tanpa ada kesalahan besar. Yang penting bagiku, inspection can be make on time. Yang penting bagiku, kerja utama bila aku melangkah masuk ke tempat kerja.
Memang, aku tak pernah samakan hal aku dengan orang lain. Dan kau takde hak untuk samakan hal aku juga.
11 Ulasan
be strong dear..:)
BalasPadamnpe sis..ad org dengki ke?
BalasPadamkekuatan itu ada dlm diri mar.. y pasti perlu dicari.. insyallah..mar mampu mghadapi..
BalasPadammohon hati selalu tabah & kuat...walau segetir manapun ujian yang datang..
walau sebengkok mana pon jalannya..pasti dpt dilaluinya..dan pghujungnya pasti menemui jln lurus...
take care mar
insyallah mar..
BalasPadamsemoga dipermudahkan kehidupan mar
papepun bertabahlah ye
xtau apa yg mar hadapi..
semua org ada mcm2 masalah
kekuatan kita adalah org yg paling dekat ngan kita
ok mar..tc ok
inshaallah
BalasPadamSebagai manusia menjadi sabar itu baik Mar
BalasPadamTapi kesabaran bukan bererti untuk org menginjak-injak
Sesekali kena ada kekuatan dan kekentalan untuk bersuara
Doa kakak semoga Allah beri kekuatan, kesabaran dan kebenaran buat Mar.
teremo pula kak
PadamBersabarlah :)
BalasPadamBertabahlah. Smoga dipermudahkan semua urusan.
BalasPadamain datang singgah sini ;)
BalasPadamPasal kerja ke ni Mar....
BalasPadamSabarlah....itulah proses kehidupan namanya. Mulut manusia mana boleh tutup. Yg penting kita kerja kerana Allah...
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.