Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mencairkan Kahak Bayi


Saya ada kongsikan beberapa tips di entry sebelum ini. Selepas 2 minggu, kahak Alif masih kedengaran dan batuk masih belum pulih. Kaedah tepuk-tepuk seolah tidak berhasil. Tapi, sekurang-kurangnya ia mengurangkan.

17 Januari 2016 - Kami bawa Alif ke KK pula untuk dapatkan rawatan. Kami 'tersesat' hingga ke KK Mahmodiah sebab kononnya terus pergi hospital HSA untuk dapatkan rawatan. Alamak, tak boleh eh. Shy.

Untuk pesakit yang mengalami batuk, selesema dan demam dipecahkan ke bilik saringan bahagian belakang. Ada 3 bilik doktor. Alang-alang, dapatkan juga rawatan untuk Aisyah. Dia pun batuk sudah beberapa hari. Sebelum ni cuma beri ubat beli di farmasi saja.

Darah Alif diambil dan sekali lagi Alif perlu menjalani mist. Selama proses mencairkan kahak, Alif menangis tidak selesa. Proses tersebut agak lama. Dalam 30 minit juga. Jenuhlah saya memujuknya agar tidak menangis tapi tetap juga menangis. Sampai wayar peralatan tercabut ditendangnya. Huhu,,

Selesai buat mist, kami menanti di kerusi menunggu sehingga doktor panggil buat kali ke-2. Kalau ikutkan, sudah masuk waktu rehat mereka. Baru nak gerak keluar untuk makan sebentar, hujan sudah turun. Duduk semula. Cuma ayah saja ke kantin mencari air kotak dan roti. Hujan lebat selebatnya.

Tiba-tiba nombor giliran Alif naik lagi. Eh? Doktor tak keluar rehat ke? Doktor terangkan yang darah Alif tiada jangkitan kuman. Paru-paru juga clear. Lega saya mendengarnya.

Selepas menjalani mist di KK tersebut, Alif semakin lega. Meskipun ada juga batuk dan kedengaran masih berkahak tapi tidak seteruk sebelum ini.


Teknik Tepukan Bantu Masalah Bayi Batuk Berkahak

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus.


 Teknik tepukan (percussion) 

  • Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian, condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas. Pastikan kaki bayi lurus.
  • Ibu atau bapa perlu bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang ditengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi
  • Tujuan menepuk adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru.
  • Selepas selesai menepuk. biasanya bayi akan batuk atau bersin dn sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis.
  • Sebelum memulakan teknik tepukan, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.





Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. singgah pagi
    tq for sharing tips

    BalasPadam
  2. nice sharing..akak memang tak pandai nak tepuk keluarkan kahak..tapi ada guna bawang putih yang dibakar dan letak minyal

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, akak pun pernah buat teknik tepuk2 utk baby akak yusuf waktu dia batuk berkahak dulu.
    kalau terlampau teruk sgt terpaksa pergi ke emegcy wad ambil nebulizer utk cairkan kahak.

    BalasPadam
  4. trm kasih sis..sy biasa tepuk ikut suka je..xde pn ikut giliran kiri kanan..slh rupanya ye cara sy hehe...mlm ni ingat nk bwk gak babyAlma ke klinik.kesian dh tgk gaya dia tu

    BalasPadam
  5. salam ukhuwah...singgah sini dan terus polow...tq polow akak ye...dedulu time anak akak kecik ada gak belajo cara tepuk2 tapi tak penah lagi akak buat kat anak sampai la dia dan beso ni...mungkin jugak masa dia kecik rezeki di jarang pulak minah tu nak kene selesema yg teruk2...alhamdulillah

    BalasPadam
  6. boleh simpan utk rujukan..si kecil bakal keluar..hihi..

    BalasPadam
  7. Teknik percussion tu mmg sangat penting di samping ubat cair kahak / nebulisation.

    BalasPadam
  8. baby saya sejak lahir sumbat hidung. saya buat percussion & stim juga disamping sedut kahak (tp menyakitkan bagi baby). Sampai berbulan2 jadinya, hingga jadi asthma dan pneumonia. Mujur tak kena warded sebab saya akhirnya buat sonotron dan makan suplemen. ada saya tuliskan dalam entry blog saya. sonotron satu kaedah yang selamat utk semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada doktor cakap,sonotron tak selamat, sebab pakai laser.gelombang dia mungkin ada side effect pada baby.
      kaedah steam di rumah pun doktor tak galakkan sebab banyak kes yang rujuk pada dia muka baby berbekas macam terbakar walaupun cuma steam pakai termos.
      sedut kahak pun doktor tak galakkan sebab akan menyebabkan trauma pada bayi sebab menyakitkan. doktor suggest sedut kahak andai ada jangkitan kuman.

      Padam
  9. percussion and stim kalau baby besar sikit oklah, kalau kecik lagi macam kesian pulak nak buat

    BalasPadam
  10. kahak ni mmg seriau kalu kena kat baby kan
    kesian tgk depa nak kuarkan kahak x tau
    nasib ada tips2 mcm ni..thanks sharing

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code