Sejak ada baby, barang keperluan dia yang jadi keutamaan. Barang-barang lama yang mana boleh pakai, mestilah guna semula. Buat apa membazir beli lain. Dulu, Kak Aisyah tak perlu pam-pam susu sebab fully formula milk sejak dia berusia 3 hari.
Untuk Adik Alif, ada susu badan sikit-sikit, pam jugalah. Bersusun botol simpanan susu. Takdelah banyak mana. Ada 4 botol simpanan susu dan 2 botol susu untuk bancuh formula milk dia. Selama ni, lepas basuh, cuma letak dalam bekas je. Kadang-kadang bila nak cepat, berterabur botol tu.
Penyudahnya, beli lah Easy Drying Rack. Sebelum ni memang tak terfikir untuk beli. Harga pun tidak lah mahal sangat, jadi grab satu.
Klik gambar untuk beli
Berkenankan warna hijau ni tapi takde stok pula. Mahukan warna hijau sebab kebanyakkan bekas makanan di dapur berwarna hijau. Malas fikir panjang, terus reply WA dia warna pink. Dalam fikiran saya bahagian bawah tu warna pink. Rupanya saya salah. Huhu,,
Alang-alang tu beli lah sekali sabun pencuci. Mahu yang kecil je dahulu sebab malas beli kat pasaraya. Yelah, postage sekali jalan.
Klik gambar untuk beli
Shopping online ni memang perlu hati-hati. Silap haribulan duit dalam akaun tinggal RM30, itupun sebab memang kena tinggalkan RM30 kan.
Malas fikir panjang, terus je buat payment sebab tak sabar dah nak pakai.
Saya beli di Qbabyshoppe. Fast action. Trusted seller.
Tapi!!!!
Bila received barang, alahai ada tag harga. Takde sales pun seperti yang diwarwarkan di website dia. Yang tak menahan tu, harga easy drying rack idaman saya tu yang saya fikir murah selepas sales, rupanya jauh lebih murah di tagging. Arghhhh rasa tertipu.
Easy Drying Rack = RM25
Natural Liquid Cleanser = RM8
Botol cleanser pon macam entah zaman bila punya je. Ini bukan pertama kali saya shopping di sini tau.
Menyesal? Emmm,, jadikan pengajaran pada diri sendiri.
Nasihat saya kepada pembeli:Rajinkan diri untuk bandingkan harga barang dari penjual lain juga.Nasihat saya kepada penjual:Kalau rasa, barang tak elok, jangan jual pada pembeli.
Dah tersusun.
Lebih kemas, mudah untuk dicapai dan cepat kering.
Saya suka walaupun tak dapat warna idaman.
10 Ulasan
kalau dah terbeli nak buat macam mana kannn??? nak tak nak kena pakai juga...tapi betul mar, kadang-kadang bila kita bila kita akan terkena...
BalasPadamntah bila nk beli rack ni..skrg ni ltk dlm bekas je..ad gak susun kat lua hehe...
BalasPadamSbr je la kn..kekdg mmbli on9 x sebijik yg mcm d gmbr
BalasPadamPeralatan utk baby sekaran ni pun canggih-canggih
BalasPadamMasa kakak ada baby dulu tak ada ini semua Mar
Nampak tersusuh cantik kan:)
elok sangat..memang tersusun..menarik pon ya..
BalasPadamgitula risiko beli online..sabau jela..:)
Cantik kemas tersusun botol susu ye Mar..
BalasPadamBetul nasihat mar tu..
Biasalah tu Mar, barang barang baby ni mmg cute cute, harga pun mampu milik, haruslah tergoda.
BalasPadamMak mmg tak pernah shopping online....
Rutin sy, suami tak bagi beli barangan anak melalui online, kalau pasal anak kedai jauh mana pun dia sanggup cari.. so takde pengalaman beli barangan anak melalui online... huhu... apa2 pu pengalaman tu penting..
BalasPadamjadikan pengajaran.
BalasPadamsy beli di one babty world je.
lagipon sng dqn puas hti dpt tilik sendiri brg..
one baby world ada di BBU tapi saya tak pergi.
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.