Assalamualaikum
Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-4 | Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas pinjamanMu ini. Cepat benar masa berlalu, tup-tup si cantik manis sudah menginjak usia 4 tahun. 2 Mei 2016, genaplah dia 4 tahun.
Seperti tahun lalu, kami menempah kek di Dessert Queen. Kek indulgence. Bertemakan Sofia the First. Kali ini DQ telah dibuka di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tidak perlu ke Air Biru lagi. Lebih dekat dari rumah.

Kek import dari PG. Agak lembik sebab jauh perjalanan.

1 Mei 2016 - Dek kerana ketidaksabaran masing-masing lebih-lebih lagi masing-masing berpakaian cantik-cantik sebab baru balik dari majlis perkahwinan, termasuk saya. Potong sajalah keknya.

Kami adik beradik


Rehatkan kek dalam setengah jam sebelum dipotong. Itu pun masih lembik. Birthday girl pakai baju cantik sikit. Ala-ala sofia gitu.




Sebelum potong kek, baca doa dahulu. Tiada babak meniup lilin sebab tidak mahu diajar begitu. 


Doa dibacakan oleh atuknya. Diaminkan oleh semua.


Ok, potong!! Macam ayah dia je terlebih excited.


 Kami


Anakanda Aisyah Humaira,

Ibu doakan semoga Aisyah membesar menjadi muslimah solehah.
Menjadi anak yang berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah.
Hormati orang-orang lebih tua darimu, jaga tutur bahasamu dan jaga adabmu.

Ibu doakan semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik. Moga membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang cacat cela.

Amin Ya Rabbal Alamin



Nota Hati : Hanya Allah Yang Mahu Mengetahui..