Assalamualaikum


Siapa yang tak tahu produk Faiza? Semua orang tahu kan? Produk bumiputera tempatan. Kalau bab produk Faiza ni, yang menjadi pilihan utama kami adalah beras. Tak kiralah beras biasa atau yang palingggg mesti ada kat rumah..beras moghul basmathi.

Fuhh,,,memang jenama ni jela beli kalau nak masak nasi beriani ke nasi jagung ke nasi mentega ke. Pendek kata segala macam jenis nasi yang sedap-sedaplah!

Ngancam tak nasi jagung ni?


Tempohari saya "berbelanja" beras di Petron! Berbaloi-baloi. Terkejut ke berbelanja di Petron? Kenapa tak belanja di Pasaraya je? Kerana nasi jagung ngancam nilah saya berbelanja di Petron tau.




Bukan selalu dapat berbelanja kat Petron ni. Oleh kerana boleh swap point dengan beras-beras pilihan hati, gigih la berbelanja di situ. Dengan hanya 850 mata ganjaran, saya dapat swap 1 pek beras moghul basmathi keluaran faiza! Ikutkan hati nak swap lebih, tapi tinggal 1 pek je lagi. Tu yang swap beras faiza emas.



Bagi yang belum swap dan mata ganjaran pula banyak melimpah ruah, jom kita swap. Selain beras, terdapat juga produk keluaran faiza yang lain seperti tepung gandung dan bihun.

Ada juga barangan lain yang boleh kita swap seperti air berkarbonat dan macam-macam lagi. Ala...korang pergi la sendiri tengok.

Cepat! Sementara stok masih ada. Last 14 Ogos 2016 tau. Jangan menyesal!

Jom baca

Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Petron

Cara Tebus Mata Ganjaran Petron


Nota Hati : Dah macam duta Petron.. Nak minyak free selama setahun please...