Assalamualaikum
Ini merupakan langkah ke-2.

>> Langkah pertama <<

4 September 2016 - Hari ini kami menghadiri kursus latihan pengedali makanan pula. Kursus ini salah satu perkara WAJIB untuk mendapatkan lesen premis makanan/ penjaja.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pengendali makanan untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf sahaja.

Peraturan 30 dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan, mana-mana pengendali makanan yang didapati gagal untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil penyertaan dari institusi yang diiktiraf, boleh jika disabitkan kesalahan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 10,000 atau 2 tahun penjara.

Bertempat di Kompleks Belia & Sukan Johor, kami sampai sebelum jam 9 pagi. Kursus akan bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari. Perlu cukup 3 jam.


Sementara menunggu bilik kuliah buka, sempatlah snap sana sini.


Dari hadapan Bilik Kuliah.

Cantik


Jam 9 pagi, pihak pengurusan sampai dan sesi pendaftaran bermula. Kami telah booking bulan lepas. Check nama, IC, betul. Ok, sign. Jangan lupa bayaran sebanyak RM50 bagi seorang peserta.

Diberi 1 fail setiap seorang. Mengandungi salinan slide. Nota buat kami.


Ok, kelas bermula. Fokus.


Kelas tak bosan pun. Seronok. Banyak ilmu kami dapat. Tenaga pengajar berusia 26 tahun. Muda! Kagum. Beliau merupakan bekas pegawai kawalan mutu makanan. Berpengalaman audit Halal. Kemudian, berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu. Pernah mejadi penjaja. Dan sekarang, inilah dia.



Belajar cara pemakaian si pengendali makanan.

Cara memakai apron yang betul. Apron tidak boleh pakai jenis berkocek dan tidak boleh pakai hanya separuh. Salah!

 Wajib menutup kepala dan memakai lengan panjang. Jika berada di permis, perlu memakai kasut. Tidak boleh memakai sebarang aksesori seperti gelang, cincin dan jam tangan.

Bagi yang bertudung, tidak boleh memakai kerongsang, apatah lagi yang bling-bling. Dikhuatiri mani-manik jatuh ke dalam makanan.

(Sedikit ilmu yang saya kongsikan)

Kursus Latihan Pengendali Makanan merangkumi topik-topik berikut:

  • Akta Makanan 1983 & Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  • Tanggungjawab Pekerja & Majikan
  • Kebaikan Mengamalkan Kersihan
  • Kebersihan & Keselamatan Makanan
  • Kualiti Makanan & Pencemaran Makanan
  • Agen Pencemaran; Penyakit Bawaan Makanan
  • Keracunan Makanan dan Pencegahan
  • Kawalan Sisa Buangan & Makhluk Perosak
  • Etika kerja: pencucian, pembasmian, kebersihan diri dan Premis


11.15 pagi - Diberi rehat selama 15 minit sebelum sesi berikutnya. Kelas akan tamat jam 12.30 tengahari. Ok. Apa lagi, cari tandaslah! Nampak mural ni di bangunan sebelah, dekat dengan tandas. Ok, selpie dulu.


Rentas gym ni untuk ke kantin. Minum teh tarik suam sekejap.


12.30 tengahari, habis semua sesi. Sempat selpie. Aku sorang je giler selpie dalam kelas ni. Pastu suka tanya macam-macam.


Eh! Belum boleh balik tau! Nak sijil? Kena jawab test dulu. Ada 5 soalan, 2 bahagian. Dah pandai kan tadi. Ala, kacang je ni. Confirm markah 100%. Tapi, kalau ada kesalahan yang KKM tak terima, sijil akan dibatalkan tau. 

Masa menjawab selama 10 minit sahaja. Ala, kan dah pandai tadi kan. Lepas 10 minit, hantar. Ujian ni ada rekod ye.


Sesi penyerahan sijil, seorang demi seorang. Tak sampai 20 orang dalam kelas tu.


Setiap sijil mewakili seorang peserta dan memiliki nombor siri sendiri. Jangan berangan nak tipu. Nama kat sijil salah taip pun, kena pulang sijil semua. Dia akan betulkan dan akan dipos ke alamat yang korang bagi.


Dengan bangganya, dapat sijil dah. Sijil en.suami kena pulangkan sebab salah taip nama. Nanti dapatlah tu, dia pos kat rumah.

Bagi mereka yang bercadang untuk menjalankan perniagaan makanan, anda WAJIB menghadiri kursus ini. Saya rekomen anda menghadiri kelas di bawah naungan First Wing Business Corp. Sdn Bhd. Syarikat ini diiktiraf oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Bayaran juga lebih murah berbanding syarikat lain.