Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulang Tahun Alif Yang Pertama

Assalamualaikum
 Ulang Tahun Alif Yang Pertama | 30 Ogos 2016 - Genaplah setahun usia anak bujang saya. Masih terbayang di dalam ingatan saya ke HSA untuk melahirkan dia. Hishh...lagi beberapa jam nak masuk 31 Ogos tau. Ini pun kira awal 2 minggu
.
Tarikh yang sama juga, Alif perlu ke KK Masai untuk check-up setahun dan mendapatkan suntikan MMR.
Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 <--- Klik untuk baca


Dalam setiap doa saya, saya sentiasa memohon agar dipermudahkan urusan. Tak kaya takpe, yang penting segala urusan yang saya hadapi dipermudahkan. Itu juga satu rezeki. Seperti membawa si bujang check-up ni. Moga dipermudahkan. Sebab saya selalu bawa anak sendiri.

Berat Alif masuk dah masuk line kuning. Ala, Alif ni, makan banyak tapi membuang pun banyak. Kalau dia 3 kali makan, 3 kali juga lah membuang. Pastu, bukan sikit-sikit. Kadang sampai membuak. Dah la ucuk..

Oleh kerana graf berat badannya tidak cantik, maka Alif perlu hadir untuk pemeriksaan berikutnya selang 2 bulan akan datang. Bulan Oktober nanti.

Dah habis mendapatkan khidmat nasihat dari nurse, kami menunggu pula ke bilik suntikan. Tak lama menunggu. Alif memang hero ibu. Kena inject tak nangis pun. Sengih-sengih je. Suntikan ni tidak menyebabkan demam. Alhamdulillah, Alif sihat-sihat sahaja hingga hari ini.



31 Ogos 2016 - Cuti sempena merdeka! Budak bangun awal ni pagi-pagi memang dah lapar. Nasi panas dan lauk ikan untuk dia pun dah ready. Sementara untuk kami yang dah besar ni, sarapan karipap jelah.

Alif menolak nasi dan tangannya tangkas mencapai seketul karipap. Bila ditegah, dia menangis. Emm..suka hati awak lah nak..

Ibu tak beli kek untuk awak. Makan jelah karipap ye nak. Seketul tu dia makan sampai habis! Sedap le tuww. Hehehe

Dah pandai mintak kek nanti baru ibu belikan.


Perut dah kenyang, kita round-round JB. Pergi melawat Giant Plentong dahulu. Kan dah berwajah baru. Uii..manusia penuh. Sesak! Maklumlan sempena Merdeka day, macam-macam promosi kan. Secret recipe tu pun ada promosi. Sepotong kek hanya RM5.90! Niat di hati memang nak terjahlah. Tapi, panjang pulak barisan. Tak sanggup nak beratur.

Pastu..pastu..pastu..

Rasa ngantuk, nak tidur.. Balik rumah, masing-masing tisur sampai petang. Wakakaka,,



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. semoga membesar dengan jayanya dan berjaya akhirat dan dunia :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..Amin...

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir anak soleh kita pun anak yg ke 3..aisy aqram namanya lahir pada..8.9 baru cukup setahun pepagi bangun kan main awal lg..

    BalasPadam
  4. bila plk giliran kita nak tmbah anak jugak ni..hih

    BalasPadam
  5. Da setahun ye ank bujang.. smga menjadi ank yg soleh..

    BalasPadam
  6. Da setahun ye ank bujang.. smga menjadi ank yg soleh..

    BalasPadam
  7. menjadi seorang ibu, hanya kebajikan anak yg terutama kan
    memang anugerah yg terindah zuriat ni.
    happy birthday ye alif ^_^

    BalasPadam
  8. macam baru je baca kisah kehamilan Mar dulu kan, sannah helwah Alif :)

    BalasPadam
  9. Happy belated birthday, Alif. Sekejap ajekan masa berlalu. Dah pun setahun usianya.

    Tak payah makan keklah, Alif. Lepas ni makan apa yang ibu jual aje. Jimat kos!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code