Assalamualaikum

Dah nak raya haji ni, apa persediaan korang? Tengok tu, dah puas join GA sana sini, baru sibuk nak tanya persediaan raya kan.

Kerepek dah beli? Kalau belum, apa kata korang cuba popia seaweed. Sedap kot!


Popia seaweed ni dah lama popular. Mula popular di Indonesia. Aku dah lama dok aim popia seaweed ni tapi tak juga beli-beli. Tapi, akhirnya aku terjebak sebab tergoda sebab kawan aku ni dok tayang je gambar popia seaweed kat wall dia.

Popia seaweed tu apa? Oh...popia rumpai laut. Lagi sekali aku cakap, sedap dikunyah sambil layan drama bersiri kegemaran. Aku sekarang dah boleh layan drama bersiri sebab anak aku si Alif tu dah besar, dah pandai bawa diri. Sesekali je manja-manja minta perhatian.

Kawan aku ni cod sekitar masai dan pasir gudang. Area taman rinting dan kejiranan lagilah senang dia nak hantar. Aku dah dapat sebalang malam tadi sebab aku order sebalang je. Ni pun aku kedekut, order untuk diri sendiri je sebab aku tak pernah rasa.


Excited Alif nak buka. Bukan dia makan pun sebab popia kan rangup dan keras (bagi bayi lah). Tak sesuai untuk dia gigit dan kunyah. Penyudahnya, bersepah kulit popia yang rangup tu kat karpet ungu aku tu sebab dia main pecah-pecahkan.

Oit,, ibu beli tau. Sabar jelah.. Dah cukup sekeping ibu bagi, yang lain ibu punya.


Bagi korang yang berada sekitar Taman Rinting, Masai dan juga kawasan Pasir Gudang, korang boleh contact-contact Iera Atan ni untuk tempahan.

Sempena Raya Haji yang bakal menjelang, dia ada buat promosi kaw-kaw!

Kalau tak, tak dapatlah harga macam ni. Rugi kalau korang tak grab.

Cepat-cepat!!




FB : Iera Atan

Iera ada letak popia seaweed mabeles dia kat sini tau. Boleh korang terjah