Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pendaftaran Syarikat Di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Assalamualaikum


Langkah pertama kami untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bukan berniaga besar-besaran, sekadar produk frozen sahaja.
 
21 Ogos 2016 - Kami ke menara ansar Johor Bahru untuk mendaftarkan syarikat kami. Agak ramai orang. Memang ramailah sebab selesai isi borang, sesi menunggu terasa sangat lama.

Mudah sahaja isi borang. Mula-mula dapatkan borang dikaunter. Kemudian, isi borang dengan lengkap menggunakan pen dakwat HITAM dan HURUF BESAR.

Nama syarikat yang mahu didaftarkan, stanbykan 3 nama. In case, nama syarikat yang mahu didaftarkan sudah digunapakai syarikat lain.


Selepas nombor dipanggil dan urusan diuruskan oleh en.suami. Saya duduk dahulu di kerusi berdekatan bersama anak-anak. Hanya bangun sekejap untuk mengesahkan cop ibu jari.

Bayaran untuk kali pertama, RM70.60.

Kebetulan waktu rehat. Maka, kami perlu datang semula selepas waktu rehat. Ada 1 jam lagi. Kami pun makan tengahari di foodcourt Kotaraya. Lama giler tak ke sini. Memang malas nak ke sini kalau takde urusan penting.

Makan nasi ayam je. Lebih mudah. Budak-budak pun boleh makan. Alif, selepas makan 3, 4 suap, mulalah menguap dan terlentuk. Bila dia dah tidur, mudahlah saya makan. Makan sambil meribanya.

Perkara biasa bagi saya. Hatta, makan bersama dia duduk di riba saya pun perkara biasa. Tak pernah pula kami suami isteri makan berganti-ganti melainkan makan di lantai. Ha..automatik Alif jadi buas lain macam. Mungkin sebab dia dapat kacau semua benda di lantai.

Dah kenyang. Jom kembali ke pejabat SSM. En.suami terus ke kaunter 1 dan 5 minit selepas itu dapat dah pengesahan pendaftaran syarikat kami.


Tak salah mendaftar kan. Sebagai pembangkit semangat. Walaupun perancangan sebenar masih jauh. Takpe, kita buat sikit-sikit, step by step.

Rujukan ~ Panduan Lengkap



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Syabas & Tahniah dari kakak
    Bila perancangan dah ada itulah yg terbaik
    Misi pasti akan diteruskan. Kakak doakan yg terbaik.

    BalasPadam
  2. Kakak dulu pun biasa makan sambil riba anak
    Tak ada masalah kalau dah biasa kan..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... mula2 daftar nama syarikat nnti2 slow2 ada lah tu barang2 produk2nya sedar2 dh ramai pelanggan...

    akak biasa jgk mkn sambil riba anak cuma sejak2 aiyan dh beso nih boleh la mkn sekali sama2... dia pun boleh dh mkn sndiri kn

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...Semoga terus maju jaya hendaknya...Amin

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..dh selamat register..

    tetibe tingat hasben kite..hasben kite kan keje ssm (hq)..siap die dh sound awal2, nak niaga even niaga bende simple pun, kene register..jgn buat malu die..somi keje ssm tp bini buat bisnes xdaftar dgn ssm..kihkihkih..

    BalasPadam
  6. ssm daftar guna alamat rumah sewa takpe ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah sewa tak pastilah..boleh je selagi duduk situ..kalau pindah boleh tukar alamat tu.bayar RM30.
      kami rumah sendiri.

      Padam
  7. bagus info ni untuk sesiapa nk mulakan...

    BalasPadam
  8. Tahniah yer... semoga sukses dalam dunia perniagaan ni

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah langkah pertama. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  10. Tahniah, Mar sebab dah berjaya mendaftar syarikat. Lepas ni kenalah buka akaun bank syarikat dan bolehlah terus maju ke hadapan ^_^ Oh, Mar nak buat bisnes frozen ya. Semoga terus berjaya ya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code