Assalamualaikum


Tak semestinya perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menggembirakan hati anak-anak. Tak semestinya perlu beli permainan untuk bermain. Dengan sedikit modal, guna apa yang ada, hanya guna barang yang ada di sekeliling kita, kita boleh buat dia tersenyum. Disamping merangsang kreativiti dan mengasah bakat yang ada pada mereka.
Macam Aisyah, dia cenderung pada melukis. Lebih gemar menconteng kertas dan melukis. Dia sering melukis ibu, ayah, dia dan adik. Adalah rupanya juga, orang lidi berkepala besar.
Sesekali, ubah sedikit aktiviti dengan membimbing dia melakar dan menggunting bentuk. Memang lantai akan bersepah-sepah tapi hasilnya nanti lebih penting

Aku ajar dia melorek bulatan menggunakan pengasah pensel berbentuk bulat. Dia belum pandai lagi, sering kali lorekan tersasar. Permulaan, begitulah. Pancing minatnya dengan menyediakan kertas pelbagai warna.

Kemudian, tunjukkan pula cara menggunting dengan betul. Bila dia cuba menggunting, beginilah jadinya. Cenderung menggunting ikut sesuka hati dari menggunting lorekan bulatan tadi.


Aku gunting bulatan-bulatan tadi, kemudian menyusuh dia menampal pula. Tambah sedikit benda lain seperti benang untuk jadikan tali belon.


Ini adalah hasil kerja kami, lebih kepada aku.


Aisyah lebih suka menampal ikut kesukaannya. Dan kemudian, aku suruh dia tampal kemas-kemas dan jadilah sekuntum bunga yang sedang mekar.



Untuk pengetahuan semua, gam tu dah habis. Aisyah kata, gam patah, terus dia buang dalam tong sampah.