Assalamualaikum
Hari Ulang Tahun Emak Ke-58 | 18.05.2017 - Tarikh hari ulang tahun mak yang ke-63. Setiap tahun tidak pernah lupa akan tarikh ini tapi untuk tahun 2017 ini saya telah lupa!
Oleh kerana saya telah order mug untuk hari ibu terlebih dahulu, maka saya tidak dapat berikan emak hadiah lagi. Dan punca utamanya pun sebab saya lupa. Maaf ye mak..
Emak menerima hadiah dari cucu yang tinggal bersamanya di kampung. Seronok mak. Emak kalau suka mesti dia menangis terharu.
Ini pula surprise dari kakak saya. Emak menerima jambangan coklet berserta belon.
Emak, jasa emak terlalu banyak. Emaklah segala-galanya buat saya.
Semoga emak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik agar saya terus dapat bermanja dengan emak.
1 Ulasan
moga di panjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik buat emak awak ye...
BalasPadammsti dia seronok dpt hadiah, dpt bunga lah
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.