Assalamualaikum
Mudahnya Buat Pasport di UTC Johor Bahru | 16.05.17 - Saya dipaksa buat pasport. Umur dah masuk 33 takde pasport lagi. Kesian kan? Ikutkan hati, memang tak nak buat. Lagipun petty cash kompeni tak cukup, perlu dahulukan duit sendiri dan kemudian baru claim.

Tiba-tiba HOD hulur duit, suruh buat juga. Krik..krik... Emm memang kena buat jugalah. Banyak kerja kat pejabat ni. Memang tidur opis je kang.

Proses Buat Pasport di UTC Johor Bahru:-
1- Cari parking.
2 - Naik tingkat atas dan cari bahagian buat pasport.
3- Terus ke kaunter utama dan nyatakan kedatangan ke situ.
4- Staff bertugas akan beri nombor.
5- Segera ke kaunter apabila nombor giliran dipanggil.
6- Pemakaian tudung yang bersesuaian iaitu warna gelap.
7- Staff akan meminta kad pengenalan diri.
8- Cop jari kiri dan kanan.
9- Tinggi akan diukur.
10- Ambil gambar pasport hitam putih di situ.
11- Data diambil.
12- Selesai, staff akan beri resit dan terus ke kaunter pembayaran.
13- Selesai pembayaran sebanyak RM200, tunggu pasport siap.
Ini adalah resit selepas membuat pembayaran. Pasport akan siap dalam masa 1 jam.

Sementara menunggu pasport siap, kita isi perut dahulu. Perut pun dah lapar kan. Bersama peneman saya hari itu. Peneman saya ni masih single available, boleh roger-roger.


Pasport siap, sila jangan kecam. Muka tak redha tu.

Maka dapatlah saya buat pasport secara percuma sebab kompeni yang support. Kenapa saya dipaksa untuk buat pasport? Sebab saya kena paksa juga untuk attend training di Singapura.

Trainer from FMC

18.05.17 - Ke seberang tambak bertiga. Sampai di sana jam 10 pagi dan keluar dalam 12.15 tengahari. Sekejap je pun. Dalam kepala ni tengah duk fikir nak re-schedule kerja-kerja saya yang dah tertangguh.



Nota Hati : Redha jelah kalau dah nama kerja kan..