Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram

Assalamualaikum

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram | Pertama kali saya makan di sini, di bawa oleh rakan sekerja aka driver pada hari itu. Masuk je Malaysia selepas training, terus cari tempat makan. Masing-masing kelaparan.
Ini dia, gerai nasi ayam Ulu Tiram di RnR Tuas. Keluar dari tol Tuas tu, singgahlah RnR situ. Ramai orang beratur tau. Tapi, jangan risau, servis memang cepat.


Pilihan saya mestilah nasi goreng ayam sambal. Semua telah tersedia tinggal dihidang sahaja mengikut permintaan pelanggan. Nasi sedap. Sup sedap. Ayam sedap. Sambal pun sedap. Memang tip top. Harga pula sangat berpatutan. Hidangan ini hanya RM6.


Oleh kerana sedap, saya makan habislah. Sempat juga hirup kuah sup. Sedap.


Suka tengok dia makan, penuh berselera. Abam sado kita ni ialah CP engineer bahagian production. Lebih muda 10 tahun daru saya. Adik-adik la.. Dia order nasi ayam goreng sambal ayam lebih. Ayam adalah 2 hidangan berharga RM9 sahaja.


Selesai makan, saya lihat pemilik gerai menggantung lagi ayam di rak kaca tersebut. Nampak tak betapa lakunya nasi ayam di sini. Sekejap je ayam habis, kemudian ditopup semula.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. uih...akak ingatkan dekat ulu tiram tadi...hahaha.mesti laris tu

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. nasi ayam ni kalau nasi tu betul2 rasa ayam mmg sedap..
    n ayam dia krispy2 hihih
    sos dia kena lah kena pedas/manis

    BalasPadam
  3. Alamak.. sedapnya.. tapi jauh pula..

    BalasPadam
  4. Puas hati kalau semuanya sedap ye Mar...Boleh datang lagi nampaknya hihi

    BalasPadam
  5. RnR gelang patah arah utara eh mar..kalo situ mmg top gak..belah selatan lagi sedap..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code