Assalamualaikum

Kisah Botol Susu Alif | Seperti biasa, jenama Tommee Tippee memang botol susu pilihan Alif. Dia tak nak botol susu lain. Bulan lepas beli botol susu baru untuk dia.

Peminat Tegar TT

Tommee Tippee memang terkenal dengan corak yang pelbagai. Saya berkenan dengan warna oren ni, maka belilah twin pack sebab harga lebih murah, dalam RM46 je.


Dipendekkan cerita, Alif tak suka warna ni. Saya dah cuba bancuh susu menggunakan botol tersebut dan cuba memujuknya. Tapi gagal. Dia cakap, itu bukan botol susu dia.

Maka, gunakan sahaja botol susu lama. Mujur ada botol susu spare warna hijau yang masih belum digunakan. Tidaklah tergesa sangat cari botol susu lain.

Akhirnya, saya jual pre-loved dengan harga murah-murah je. Tapi, satu puting saya ambil untuk spare botol susu Alif yang lain.

Memang ralat rasanya. Next month beli botol susu baru lagi. Kali ni cari warna biru atau hijau jelah.