Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Membuat Bayaran Penuh Pinjaman Pembiayaan Kenderaan

Assalamualaikum

Cara Membuat Bayaran Penuh Pinjaman Pembiayaan Kenderaan | Alhamdulillah satu lagi hutang saya selesai selepas 9 tahun. Apa yang membuat saya gembira, hutang pinjaman kenderaan saya ni saya dapat selesaikan awal beberapa bulan dari tarikh sebenar habis pinjaman. Kalau ikutkan, bulan terakhir pembayaran bulanan saya ni pada Januari 2019. Selama 9 tahun saya membayarnya setiap bulan dengan sabar dan akhirnya ianya selesai. Mau tak lompat bintang!

Tahun lepas, 2017 saya telah berjaya melangsaikan PTPTN saya.

Tahun ini, 2018, saya telah berjaya melangsaikan hutang kereta pula. Bukan nak menunjuk ke apa, tapi ia menjadi satu inspirasi bagi saya sendiri. Gaji kecil, jawatan kecil, tidak bermakna kita tak dapat membayar hutang. Kalau kita istiqamah in sha Allah, habis juga akhirnya.

Ada yang cakap, ala kereta viva aje.

Eh, eh, tak baik tau.. Tengoklah saya beli kereta mengikut budget saya sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Saya mengikut pepatah melayu yang berguna tu, sebab tu saya pakai viva aje. Dan saya tidak minta duit sesiapa untuk membayarnya. Duit adalah hasil titik peluh saya. Sebab tu sayangggg sangat kat Cik Viva ni. Terlalu banyak jasanya.


Ok, untuk membuat pembayaran penuh;

#1
Telefon centre bank yang korang buat pinjaman atau terus ke bank untuk pertanyaan. Contoh saya, membuat pinjaman pembiayaan di Bank Islam, maka saya telefonlah centre Bank Islam. Tujuan menelefon adalah untuk memastikan jumlah baki yang perlu kita langsaikan.

#2
Pergi ke bank cawangan untuk rujukan seterusnya. Untuk membuat pembayaran penuh, memang perlu ke bank cawangan terdekat. Pergi sahaja ke kaunter depan dan nyatakan tujuan. "Saya nak buat full settlement kereta"

#3
Pegawai akan meminta kad pengenalan dan menyemak baki yang tinggal. Kemudian, mereka akan menelefon HQ pula untuk pengesahan selanjutnya.

#4
Setelah jumlah dipastikan, pegawai akan memberikan slip (seperti di atas) untuk diisi. Nombor giliran akan diberikan dan tunggu hingga nombor dipanggil.

#5
Bila nombor dipanggil, segera ke kaunter yang tertera dan serahkan slip. Berikan kad pengenalan dan proses pembayaran pun dibuat dan selesai.

#6
Kembali ke kaunter pertama tadi (masa mula-mula datang) dan perli isi borang pengesahan penyelesaian pinjaman. Surat pengesahan akan sampai ke bank cawangan korang pergi ni dalam etmpoh seminggu hingga 2 minggu. Pihak bank akan telefon korang untuk mengambil surat tersebut.


Mudah kan? Ada duit, mudahlah. Alhamdulillah. Bulan ni habis RM892 untuk kereta viva saya ni. RM400 awal bulan bayar macam biasa. Kemudian, baki RM492 en.suami baik hati nak clearkan. Kih..kih.. bila lagi kan.

 Lega sangat bila sudah bebas hutang. Tak sia-sia rasanya berkerja selama lebih 10 tahun, dapat selesaikan pinjaman kereta. Apa pun, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang Dia berikan.




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. tahniah! sha sokong tu, pakai je apa kita mampu buat apa nak puaskan mata orang kalau menyusahkan kita kan?

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..cik nor jgk xabis2 bayar ni..hehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..bestnyaaa da selesai! nanti tunggu kete saya pulak lagi 3 tahun..boleh rujuk entri ni

    BalasPadam
  4. el pun dah lama habis byr duit kereta..skrg pakai lah dulu kete lama tu..malas dah nak berhutang smpai 9 tahun lagi haha

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..

    kebetulan pulak bulan ni last bayar duit kereta..

    nanti geran tu akan dibatalkan kan?

    lepas tu perlu tak pergi JPJ ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, dh dpt geran ti kena g jpj utk dibatalkan...

      Padam
  6. Legakan... cikna pun dh hbis byr bln1 ritu tp smpi skunk xdpt geran lg pasni xmo dh guna bank muamalat, servis cam hampeh kot...'

    BalasPadam
  7. KLau boleh tahu.. berapa rebat yg dapat daripada full settlement tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok bank. 2018 ni saya buat full settlement kurang beberapa ratus. tapi tahun lepas saya bayar full settlement kereta lain di HB kurang seratus je.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code