Julai 01, 2020

,
Assalamualaikum

Resepi Sup Merah Gear Box Di Hari Raya| Sepertimana yang korang rasa, saya pun rasa juga. Rasa sedih bila tak dapat pulang ke kampung Beraya kali ini menjadi kenangan paling berharga buat semua. mana tidaknya beraya di tempoh PKP, di kala covid melanda seluruh dunia. Rata-rata tidak dapat pulang ke kampung dan tidak dapat berziarah seperti raya sebelum- sebelum ni. Senang cakap, tak macam raya lah! PM cuma benarkan aktiviti menziarah di hari raya pertama sahaja dan hanya dibenarkan merentas daerah. So, yang nak merentas negeri tu takyah la wat sesak jalan raya kan.

Macam kami. Takde masalah pun kalau nak balik kampung tapi tempoh waktu yang dibenarkan tu terlalu singkat hingga saya berfikir dua kali untuk pulang ke kampung. Kami memang anak jati johor. Anak jati johor sampai pangkat atuk nenek. Takde campur darah negeri lain lagi. Hehe.. Tetiba bangga jadi rakyat jelata Johor.

Perancangan asal, menu raya kami seperti selalu lah. Ketupat, rendang daging, lodeh dan sambal kacang. Tapi, en.suami tetiba ubah fikiran pula. Dia siap-siap dah beli tulang gear box dan rusuk kambing. Daging pun ada beli, kot la saya nak jugak masak rendang daging.

Resepi Sup Merah Gear Box

Bahan-bahan:
- 1kg tulang gear box & 1 kg rusuk daging kambing
- 1 mangkuk cili kering (kisar)
- 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin kecil tomato puree
- 3 sudu sos tiram
- Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (dikisar halus)
- Bunga lawang & kayu manis (untuk menumis)
- 2 labu bawang merah besar (besar)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia (kisar)
- Serai (ketuk)
- Kiub pati lembu atau ayam atau ikan bilis
- garam gula secukup rasa

Cara-cara;

1- Bersihkan tulang gear box dan rusuk. Saya salut dengan tepung gandum dahulu sebelum cuci dengan air bersih. Tujuannya untuk mengurangkan bau hanyir.



2- Rebus tulang gear box dan rusuk tadi bersama hirisan halia dan serai sampai dagingnya empuk dan lembut.


3- Untuk memudahkan kerja, masuk je Noxxa. Saya set HP 30 minit untuk merebus tulang tadi.


4. Sambil menunggu Noxxa, macam- macam kerja lain boleh dibuat. Boleh la sediakan bahan lain.

5- Kisar bahan kering. Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang.


6- Selepas 30 minit, dah release wap, boleh la bukak penutup. Wow sangat kejadiannya.
Biarkan sejuk dulu. Airnya jangan dibuang. Penambah rasa tu.



7- Seterusnya. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar iaitu bawang merah, putih, halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi). Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.

8- Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masak sampai betul- betul pecah minyak. Masa ni aroma dia memang menggiurkan.

9- Boleh juga tambah kentang dan lobak merah. Macam saya, saya tak tambah.

10- Seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta tulang gear box dan rusuk tadi. Masak sehingga mendidih.

11- Akhir sekali masukkan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.

12- Saya set Noxxa dengan HP 15 minit lagi.


13- Setelah bunyi ting, release wap.. tadaa...


Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera!









Jun 22, 2020

,
Assalamualaikum

Mudahnya Masak Takoyaki Frozen Keluaran De Anfield | Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu.

Ok, itu takoyaki versi Jepun. Pertama kali saya pernah makan, takoyaki berinti sotong kurita. Masa tu takoyaki belum meluas lagi sekitar tahun 2012.

Sekarang ni takoyaki kian dijual di mana-mana premis makanan. Paling glamer sekarang takoyaki berinti isi ketam. Bukan tak pernah beli, banyak kali beli tapi kebanyakkan yang dijual sekarang isi dalamnya lompong. Kadang tu keciwa rasa kalau terbeli yang lompong. Pendek kata, cantik bulat di luar tapi kosong dalamnya. Hanya ada isi ketam tanpa tepung dah.

De Anfield Takoyaki

Takoyaki frozen keluaran muslim dikeluarkan oleh syarikat Sheraomarhouse.

RM12 - 12 pcs
RM19 - 20 pcs


Cara memasak juga tertera di pakagingnya. Mudah saja. Hanya perlu difross takoyaki, kemudian goreng dengan minyak selama 3-5 minit. Setelah masak, toskan dan hidangkan bersama sos, mayonis dan flake yang disediakan. 


Puas hatilah bila dapat makan panas-panas. Tak perlu dah order di luar lagi. Hanya perlu simpan stok frozen ni dan mestilah simpan di bahagian freezer. Yang penting isinya padat dan bahannya banyak. Memang puas hati.


 Ini hasil ntah yang ke berapa kali saya masak. Korang teringin nak sediakan takoyaki sendiri? Terliur tengok takoyaki ni? Senang je, korang klik je nombor ni,

📲wasap 0177321012

Kawasan pasir gudang dan sekitarnya.





Jun 19, 2020

,
Assalamualaikum

Deko Bilik Anak Perempuan | Kalau nak tahu, ini bukan aktiviti PKP sebab saya tak bercuti lama waktu PKP. Tapi aktiviti nak sambut hari raya dan bersempena hari jadinya yang sudah lepas. Memandangkan saya takde bagi hadiah hari jadi tahun ni, saya cuba sediakan bilik tidur untuknya. Lagi pun dia semakin membesar.

https://jnjikita.blogspot.com/2020/06/sambutan-hari-ulang-tahun-aisyah-ke-8.html?m=1

Perkara pertama saya buat adalah mengecat dinding. Kerja-kerja mengecat ni saya buat 2 minggu sebelum berakhir bulan ramadan dan ketika off day, sabtu dan ahad.


Tekad beli cat gara-gara nak mencantikkan bilik anak dara saya. Itu pun jenis cat biasa, bukan jenis cat mahal. Saya memilih cat jenama Smart Paints. Orang kedai cakap cat ni keluaran Malaysia. 1 tong 5 liter berharga RM50. Murah? Sebab ni cat gred paling rendah.

Warna pink ke purplean.

Warna kelabu

Pilihan warna saya adalah warna-warna lembut sebab saya tak berapa berkenan warna-warna terang. Lebih-lebih lagi untuk bilik anak dara saya, warna merah jambu tu memang wajib.

Tengoklah hasil kreativiti anak-anak saya. Habis dinding bilik di conteng dan ditampal stiker. Saya pun tak perasan bila masa stiker ni bertambah.

Bilik ni asalnya sebagai bilik permainan anak-anak. Kalau sesekali ada tetamu, bilik ini jugalah yang digunakan untuk tetamu beristirehat dan bersolat.


Ok, langkah pertama. Tanggalkan stiker dan bersihkan dinding dari segala habuk dan sawang-sawang. Sudah bersih, baru boleh mulakan aktiviti menampal tape. Untuk bahagian dinding ini saya nak buat corak abstrak. Tape yang digunakan adalah masking tape. 


Tape ni tampal ikut suka hati je. Bahagian yang ketara diconteng saya elakkan dari masking tape sebab takut nampak hasil contengan. Saya tak cat base putih dulu. Nak jimat duit, masa dan tenaga. Selesai menampal tape, boleh la mula mengecat. Saya mulakan mengecat warna pink. Di bahagian abstrak dan bahagian dinding bertingkap. 


Selesai warna pink, baru saya cat warna kelabu pula.


Ok dah siap bahagian dinding berabstrak. Kita biarkan cat kering sepenuhnya sebelum tanggalkan masking tape.

Masa ni saya dah mula mengecat dinding kiri dan kanan dengan warna kelabu. 

Warna kelabu ni extra penat sebab saya perlu mengecat 2 bahagian dinding sisi dengan warna ini. Ye, penat tapi puas hati dengan hasil keringat sendiri sebab saya yang cat sendiri!


Inilah hasil seharian saya mengecat. Saya rakamkan sekali waktu siap semua kerja termasuk mengemas dan mengemop selepas habis mengecat. Ye jam 9.30 malam!


Ini pula susun atur bilik anak dara saya yang saya buat keesokan harinya. Masih tiada katil. Sekadar tilam single dua lapis bagi nampak tinggi.

Perancangan saya nak beli katil single pull out sebab bilik ke-3 ni agak kecil. Masih survey harga. Boleh tahan juga harga katil single pull out ni sekarang ye.

Saya mencari jenis katil kayu, kalau ada yang sudi jual preloved dengan harga kasih sayang pun bagus juga. Boleh email saya segera.









Jun 17, 2020

,
Assalamualaikum

Lebih Kemas Dengan Wall-Mounted Trash Bag Storage Box | Tak kisahlah kalau korang dah tau pun, saya nak juga share satu barang susun atur di dapur. Barang tu mestilah sesuatu yang comel, nampak sesuai diletakkan di dapur dan yang pasti berwarna hijau.


Storage box ni saya beli 2. Niat di hati, satu untuk plastik sampah dan satu lagi untuk plastik yang dapat masa beli barang. Haruslah simpan plastik tu.

Tapi, tak sangka pulak storega box ni bersaiz comel. Terpaksalah saya merajinkan diri melipat plastik yang ada secomel-comelnya. Kalau tak lipat kecil-kecil, tak berapa nak muat letak dalam storage box tu dan tak nampak kemas.


Makanya, gigihlah saya melipat sehelai demi sehelai plastik sampah ni untuk dimasukkan ke dalam storage box. Fuhh... lipat kain pon malas inikan pula lipat plastik. Choii.. Tapi, sebab dah beli, haruslah merajinkan diri.


Memang tidak dinafikan hasilnya memang tampak kemas. Lepas dah susun plastik yang dah dilipat tu, korang slot in je di pelekat penggantung yang korang dah lekatkan ke dinding. Pastikan lekatkan ikut kesesuaian, tak rendah sangat. Kalau ada anak kecil, faham-faham ajelah.


Terus terang lah saya katakan, untuk kekemasan begini korang memang perlu extra rajin. Kalau korang memang jenis suka melipat plastik memang sesuai lah. Harapnya saya terus rajinlah atau mungkin akan begini semula. Hahaii..

Campak plastik dalam ni je senang.