Cubaan Kali Ke-2

By Mar Mansor - 3:40 PTG


Ntah apa mimpi tetiba aku rasa nak buat puding roti karamel. Sedap puding ni tapi sedikit malang sebab aku ni tak pandai buat kuih. Hish.. Memasak memang aku suka tapi bab buat kuih ke kek ke puding ke sedikit seriau sebab takut membazir bila tak jadi. Sadis betul la.

Dengan gigihnya aku mencari resepi di internet. Macam-macam versi resepi yang aku jumpa dan pilihan aku sudah pasti resepi yang paling-paling mudah.

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara

  1. Dengan menggunakan loyang,sedikan gula hangus,kemudian ketepikan
  2. Panaskan pengukus, sambil TU carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam Dan susu
  3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis Dan masukkan esen vanilla
  4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus Dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30 - 40 minit.
Pantas saja aku SMS en.suami membelikan bahan-bahan ini:-
1-
telur

2-


roti


3-

esen vanila
Nampak mudah sangat kan. Tapi cubaan kali pertama aku GAGAL. (Orang tak pernah buat kuih tetiba ada hati nak buat memang macam tu la hasilnya). Setelah dinanti-nantikan selama 40 minit, aku agak kecewa kerana tidak seperti yang kubayangkan. T__T

Tapi aku kuatkan semangat juga untuk buat sekali lagi. Malam tadi tau aku buat puding ni. Hasilnya, cam cantek kan. Hihihi..


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.