Ingin Menjadi Yang 'Terbaekk'

By Mar Mansor - 2:43 PTG


“Terbaekk!!”..Boboiboy..ahaks..

Sesungguhnya sebagai seorang manusia kita sememangnya punya cita-cita untuk jadi yang terbaik.

Terbaik sebagai seorang hambaNYA.

Terbaik sebagai seorang isteri mahupan suami.

Terbaik sebagai seorang ibu mahupun ayah.

Terbaik menjadi seorang anak.

Terbaik menjadi seorang pekerja.

Baikkah aku?

Jawapan yang sukar untuk aku jawab kerana segala penilaian bukan terletak di tangan ku. Terlalu banyak mata yang akan menilai & terlalu banyak juga hati yang akan mengeji. Lumrah dunia. Ditambah pula segelintir manusia yang punya hasad dengki, walau sedetik terdetik di dalam hati mereka.

Tahun 2009, aku masih bujang. Tidak punya teman lelaki, hanya punya teman perempuan. Tapi aku punya ibu bapa yang amat-amat aku kasihi.

Ilmu akhirat telah dibekalkan. Sebagai seorang muslimah, aku sudah sedia maklum akan hal itu namun kadang-kala umat Muhammad ini alpa dengan urusan duniawi. Mata kadang kala terpejam. Hati kadang kala terpesong. Kealpaan seringkali menerpa dan sang penggoda amat-amat jinak menghampiri tanpa rasa takut malah mendabik dada kerna berjaya menggoda ku. Aku insan yang cukup lemah. Astagfirullah..

Setelah aku bekerja, tanggungjawab sebagai anak tidak pernah aku lupa. Aku ingin jadi seorang anak yang baik. Begitu juga dari segi kerjaya, aku mahu jadi pekerja yang baik. Saat itu, tanggung jawab baru terbahagi dua. Antara ibu bapa & kerjaya. Tanggungjawab sebagai hamba tidak perlu dipertikaikan. Adalah wajib!

Saat ini, tahun 2012, tanggungjawab ku sudah berpecah. Bercabang-cabang.

1- Sebagai seorang hambaNYA
2- Sebagai seorang isteri
3- Sebagai seorang ibu
4- Sebagai seorang anak
5- Sebagai seorang pekerja

Aku mahu jadi yang terbaik dari semua segi. Mampukah aku? InsyaAllah.
Sama-samalah kita cuba jadi yang terbaik di antara manusia yang baik.

Wallahuaklam..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.