Cik Aisyah - Usia mencapai 8 bulan + 3 minggu

By Mar Mansor - 4:36 PTG


Aisyah semakin ligat. Pantang celik mata, laju saja dia berpusing, menonggeng-nonggeng ala-ala bersenam. Mahu menguatkan kaki dan tangannya. Baru bergerak setapak dua (merangkak), sudah kepenatan. Laju mengengsot lagi-lagi lutut sebelah kanan, laju mengayuh.

Penat seharian bekerja terubat apabila melihat Aisyah riang bermain.

Aisyah sudah pandai bergurau.

Sudah pandai memeluk ibu tatkala mendukungnya.

Sudah pandai marah apabila apa yang di tangannya ibu ambil.

Sudah pandai menjengok ibu sebelum melakukan sesuatu (tengok reaksi ibu, marah ke tidak).

Sudah pandai menyanyi (entah apa sebutannya).


Tersengih lebar mendengar ibu mendendangkan lagu.


Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,
Tepuk Aisyah pandai, nanti malam upah susu..


Pagi sebelum bersiap ke rumah 'Emak'


Opss...ibu snap Aisyah la...(jadi baik!)


Di stesen bas larkin, menghantar Pak Cu Fadli


Meng'praktice' & meng'adjust' baby carrier (beli masa usia Aisyah 3 bulan)



Aisyah & ayah



Nota Kaki : Aisyah dah besar..syukran..



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.