White Curry White Coffee

By Mar Mansor - 8:00 PG



Sedap sangat ke Mi Kari ni? Selalu tengok iklan menari-nari kat blog korang je. Nampak sedap. Nampak best. Kecur air liur.



Gigihlah ajak kawan lunch di sini. Masa kami sampai tidak lah ramai pelanggan. Macam biasalah tempat macam ni rasa-rasanya service out even customer berapa ketul je. Kadang-kadang tu malas nak pergi tempat macam ni sebab service dia kot. Dah tulis kod, lepas tu datang semula tanya. Emm..


Old Town di Tesco Seri Alam


Paling dekat dengan tempat kerja di Tesco Seri Alam je. Malas ke tempat yang jauh-jauh, lunch time hari jumaat satu jam setengah je. 


Selpie sebelum makanan sampai


Tengok gayanya, staff kurang berpengalaman. Angkat makanan kami  pun sampai tertumpah-tumpah. Semangkuk mi kari di tangan kiri tertumpah ke atas meja. Staff itu agak gugup mungkin, minta maaf dan lap meja.

Saya tidaklah berkira sangat hal sebegini. Biasalah, tapi, kami bayar service charge kot. Tempat macam ni kan ada government tax. Gugup entah kenapa. Saya ni comel sangat kot. ^___^


Inilah menu pilihan hati - White curry and white coffee


Apa ye rasanya? Ok la. So-so. Tapi, ok je pada tekak saya. Mi nya rasa fresh, jenis tidak mudah kembang. Sebab tu tak muak bila makan. Habis semangkuk besar saya makan. Isi dalam cuma ada sayur kacang panjang, taugeh, tauhu separuh dan fish ball. Kuah agak cair.

Bagi saya, saya lebih suka mi kari asli. Tekak melayu kan. Tapi tulah bila dah makan ni takde lah terasa nak makan lagi. Takde dah tergoda kalau tengok iklan di blog-blog korang.

White coffee macam biasalah. Ok je pada tekak saya. Pekat tapi buat saya sakit perut.













  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. hihihih...saya penggemar mee kari juga...kadang kadang duk makan juga mee kari kat old town nie...

    BalasPadam
  2. sue pun suka juga mee kari, nak dapat yg sedap tu agak susah kecuali masak sendiri :)

    BalasPadam
  3. mee kari sedap kalau kuahnya pekat kan,, pastu letak kerang sikit ke,l hihi.. marveles..

    BalasPadam
  4. nampak dlm iklan mcm sedap sgt kan hehehhe

    BalasPadam
  5. White coffee pekat mencerna perut tu..haha

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum
    singgah sebentar disini
    sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
    bz day

    BalasPadam
  7. lama dah nani tak makan dekat sini :D

    BalasPadam
  8. Kalau ikut tekak kakak mee curry tak kisahlah di Old Town atau Secret Receipe boleh aje kakak makan. Sebab kalau banding nak masih sendiri lagi cerewet baik beli senang hihi... (jgn ikut kakak ini org malas Mar).

    BalasPadam
  9. sama la kita prefer mee kari melayu asli siap ada kerang wow! tu lgi sedappp kot

    BalasPadam
  10. apsal curry tu merah je, tak white pun, hehehe.. sdap ke? nasib tak tumpah kat baju kan Mar, hahaha! slmt makan yea Mar!

    BalasPadam
  11. saya suka mee kari pastu mee pakai spageti..pastu letak pulak kerang banyak.. sedapnya :)

    BalasPadam
  12. sedap tengok mee kari... ingat lagi pertama kali masak utk tunang mak mentua masa tu dalam bertunang lagi... dah kahwin tak cuba2 masak lagi... hahahhah.... x taw blh wat ke tak ni

    BalasPadam
  13. Fuhh menyelerakan.. baru nak pergi lunch jap lagi ni.. :D

    BalasPadam
  14. Jrg sekali lya mkn kat cne,lya lbh suka mee kari yg original sedappp kan sis

    BalasPadam
  15. Kurang suka Old Town ni. Bagi saya mi kari original masakan Melayu memang the bestlah :)

    BalasPadam
  16. Serius xpernah jejak kaki kt old town

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.