Majlis Di Jerantut

By Mar Mansor - 8:30 PG




25 Disember 2015 - Berkonvoi dengan 5 buah kereta. Gerak jam 11 pagi dari rumah emak. Perjalanan yang agak jauh dan memenatkan bagi kami kerana melalui jalan seperti ular dipalu.

Alif pun kecil lagi, belum 4 bulan. Berharap agar dia tidak meragam. Lebih-lebih lagi bila saya tak mampu menyusukan dia. Faham-faham sahajalah penggunaan susu formula sewaktu perjalanan jauh. Yang merisaukan saya, khuatir susu formula masuk angin.


Penat Alif, tidur bangun, tidur bangun, tak juga sampai.


Kami sampai di homestay sudah lewat petang. Naik kematu, duduk dalam kereta selama 6 jam. Bila dapat merehatkan badan, ahh lega.

Kami berehat di homestay single storey corner lot yang telah diubahsuai dari 3 bilik, 2 bilik air menjadi 4 bilik dan 5 bilik air! Agak selesa untuk kami semua. Bila time tidur, dan masing-masing kepenatan, bentang toto lah mana-mana pun. zzzZZZ sampai azan subuh.

Surau pun cuma seberang jalan. Jalan kaki pun tak penat.


Homestay semalaman


26 Disember 2015 - Seawal 5 pagi saya sudah bangun. Biasalah ada anak kecil. Perlu disusukan. Kemudian, mengemas apa yang patut. Yang penting, air panas, air masak, bakul susu perlu disediakan dengan rapi.

Meja makan, segala macam di dapur perlu dikemas. Saya tetap tuan rumah walaupun bukan rumah saya.

Jam 9 pagi, kami bergerak ke rumah pengantin perempuan. Pengantin akan dinikahkan di rumah pengantin perempuan. Rumah pengantin dari homestay kami agak jauh, lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kereta. Saya ingatkan, jalan kaki boleh sampai. Haha,,


Dulang's girls


Menanti Tok Kadi sampai ~ Bakal pengantin sempat bergurau dengan pengapit (adik bongsu)


Lebih kurang 15 minit kami sampai, Tok Kadi pun sampai. Tok Kadi yang menikahkan ni merupakan imam muda di kampung tersebut. Muda tau, baru 26 tahun.

Sebelum akad nikah, ada sesi berkhutbah. Kemudian, sesi menemuduga pengantin lelaki. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik saya sudah bergelar suami.



Pengantin berusia 27 tahun.


Usai majlis nikah, kami dijamu dengan kuih muih di balai. Tidak seperti majlis di Johor, biasanya dijamu dengan nasi. Ikut tetamulah nak makan ke tak. Yang penting, tetamu wajib kenyang. Mujur kami sudah sarapan di homestay tadi. Almaklumlah tidak biasa dengan tempat orang.

Balik ke homestay semula. Kami mengemas segala barang. Selepas majlis, kami akan gerak pulang terus. Pengantin pula, perlu menukar busana. Busana serba hijau dan bercorak keemasan.

Jam 12.00 tengahari, kami bertolak semula ke rumah pengantin perempuan untuk sesi bersanding.


Pihak lelaki (kami) serba merah. Saya, tiada dalam gambar sebab berlindung di tepi rumah orang. Bawa baby kan.


Berarak dengan diiringi paluan kompang sountrack. Ok lah tu. Kemudian, teruskan dengan sesi menepung tawar. Tiada wakil yang melayan. Kami buat sendiri jek. Nak tabur pengantin dengan tepung ke, inai ke, beras ke, lantak pi. 

Ini keluarga kecil kami. 4 beradik semuanya.


Sebahagian pihak kami yang hadir


Usai sesi bergambar, kami ke meja makan damai. Uit...Ikan patin masak gulai tempoyak! Telan air liur. Coconut shake! Perghhh,,mabeles. Lauk lain dah tak pandang. Ada ayam golek, udang galah, udang kecil. Arghhh...nak ikan patin je. Serius saya makan ikan patin je.

Hakikatnya, saya dan suami tidak dapat makan sangat pun. Sekadar menjamah sebab dua anak kami buat perangai. Panas kot. Terpaksa meninggalkan majlis awal.

Kami berempat ke masjid berdekatan. Masjidnya cukup selesa dan bersih. Kami memilih di satu sudut yang agak redup. Anak-anak selesa berehat di situ. Tidak lama kemudian, mereka tertidur kepenatan. Lega hati melihat mereka tidur dengan lena.

Lebih kurang 1 jam setengah kami berehat di masjid tersebut, sanak saudara yang lain sampai untuk menunaikan solat fardhu zohor. Dalam 1 jam di situ, kami berangkat pulang.


Tinggallah pengantin di Jerantut.
Selamat pengantin baru buat mereka berdua.
Semoga pengantin baru dilimpahi rezeki dan bahagia hingga ke Jannah.
Amin..










  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. ke jerantut ya mar...kalau di sana kenduri apa saja mesti ada gulai ikan patin sedap sgt tu.

    BalasPadam
  2. selamat penngantin baru buat pasangan..:)

    BalasPadam
  3. Jerantut...kami pergi almost setiap bulan, kampung halaman sebelah suami.

    BalasPadam
  4. Selamat pengantin baru buat adik Mar dan selamat tahun baru buat Mar ^_^

    Jauh perjalanan tu memang penatlah baby. Nasib baik tak buat perangai sangat kalau tidak, pengsan alahai.

    BalasPadam
  5. mmg ada anak kecik tu gitulah rutinnya hehe
    sedap plak dgr menu2 lauk kenduri

    BalasPadam
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  7. wohoooo. ain pun x pernah sampai lagi ke jerantut.
    teringinnya nak makan tempoyak ikan patin made in pahang. hmm..

    BalasPadam
  8. Bawak budak kecik dlm perjalanan jauh mmg merisaukan takut depa tak selesa.
    Yelah kan ....lain tempat, lain budayanya....
    Moga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya

    BalasPadam
  9. Bawak budak kecik dlm perjalanan jauh mmg merisaukan takut depa tak selesa.
    Yelah kan ....lain tempat, lain budayanya....
    Moga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.