Perjalanan : Checkup Adik 5 Bulan

By Mar Mansor - 3:09 PTG


Entri taip laju-laju...baca dari awal hingga akhir supaya tidak ada rasa sangsi.


22 Februari 2016 - Checkup Adik Alif 5 bulan. Kalau diikutkan, Adik akan genap 6 bulan hujung bulan ini. Tak lama lagi Adik dah boleh makan.

Berat Adik, 6.1kg.

Wewwww,, Itu pun Adik dah pandai geram bila tengok orang makan. Pernah sekali, dia rampas buah limau dari tangan pengasuh. Geram sangat tengok orang kunyah-kunyah agaknya. Paling comel bila kami sekeluarga makan, dia perhatikan kami dan mulutnya turut mencicip-cicip. Kesian pun ada. Alahai..sabar sikit lagi dik,,

Adik Alif tak nangis bila diinject. Wah...saya sangat terkejut. Control macho sungguh dia. Bila saya ambil dia dari rumah pengasuh selepas balik kerja, dia masih tidak demam. Bila pagi menjengah, dalam 4 pagi, saya rasa badannya sudah mula hangat. Cepat-cepat saya jelum. Panasnya surut. Dedar je. Tapi, hati tetap risau masa tu.

Saya pesan pada Adik Alif, "Adik, adik jangan demam. Ibu tak boleh cuti, sayang. Banyak kerja"
Seolah memahami, hangatnya hilang. Allahuakbar.

Sebelum ni, walau susu badan saya sikit, saya perah dan simpan walaupun hasil pam seharian tak sampai 3oz. Takpe, lebih-lebih lagi bila dia diinject. Saya tetap bagi walaupun sikit. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetaui. Adik ok je, badan tiada tanda langsung untuk demam.

Agak sedih kali ini, selepas Adik Alif diinject, susu formula sahaja yang menanti buat dia. Adik Alif tidak demam pun saya sangat bersyukur. Alhamdulillah.




Ada 2 perkara yang buat saya kesal semasa checkup tempoh hari.
1. Nurse salah tulis nama ubat di transkrip.
- Terpaksa patah balik ke bilik pemeriksaan untuk dia perbetulkan nama ubat.

2. Nurse lupa tulis tarikh temujanji berikutnya.
-Terpaksa saya ke klinik semula pada esoknya untuk dapatkan tarikh termujanji.


Saya tahu ramai orang yang perlu mereka layan. Salah saya juga sebab tak tengok transkrip ubat dan tidak semak buku selepas habis checkup. Walaupun klinik kerajaan kita tiadak perlu bayar, tapi gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Kerajaan juga kutip duit dari mana?

Harap, perkara yang sama tidak berulang lagi. Walau apa pun, saya masih akui perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan masih baik dan mesra. Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik.



  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. gud boy la x nangis..Alma plak bulan depan cucuk 5bulan... lewat kali ni appt ...seminggu lagi nak masuk 6bulan bru dpt appt utk appt 5 bulan...haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah alif ni pun seminggu lagi nak masuk 6 bulan baru checkup 5 bulan

      Padam
  2. teruk kan macam tu..hari ni baru check up naura 7 bulan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... dedar sikit oklah tu tindakbalas biasa. Kuat adik ni:)

    BalasPadam
  4. nasib baik tak demam..normallah klu dedar..tindak balas dr cucuk tu..semoga adik sihat2 selalu

    BalasPadam
  5. ehehehe..germ kan tgk deme terliur kite makn,,

    BalasPadam
  6. xlama boleh dah makan yeayyy seronok time ni buat solid food tuk anak

    BalasPadam
  7. Tula..semoga nurse nurse ni akan lebih alert lagi lepas ni..Kejap je adik dah 5bulan..cepatnya masa berlalu..kak Aisyah mesti pandai jaga adik tu kan.. :)

    BalasPadam
  8. patut nyer perkara tu tak boleh berlaku.
    kalau dekat ok la. kalau jauh dtg nyer kita, tak ke jenuh nak ulang gi spital balik.

    BalasPadam
  9. dah bsr ensem boy..

    itulah..kerana ksilapan dia org masa kt tbuang..lya pon byk kali terkna camni dgn app melibatkan hosp..lg2 tsilap bg tarikh..

    BalasPadam
  10. Yang penatnya bila kita terpaksa berulang-alik dengan anak kecil. Itu yang kadang-kala nak komplen juga! Besar dah baby boy ni. Tup tup bila buka blog ni lagi, dah setahun umurnya ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.