Alif Ziyad

Perjalanan

3:49 PTG

Assalamualaikum
Ha... tu dia kerjanya bila tak merayap. Main kerusi kecil Kak Aisyah. Dia pun nak duduk juga.

Buat apa tu?
Menoleh pula dia


Dia meniti ke almari sebelah dan kemudian dia jatuh tergolek.




Recipes

Karipap Inti Telur

9:00 PG

Assalamualaikum


Sesekali tunjuk rajin. Buat karipap je pun. Kuih simple yang sedap untuk sarapan pagi atau minum petang. Biasa beli singgit 3 biji. 

Dulu, masa kecil, emak rajin buat karipap. Saya suka karipap yang emak buat sebab kulitnya lembik. Tak suka yang rangup, rapuh sebab rasa macam keras je.
Mula-mula sediakan intinya.

Bahan-bahannya, biasa je. Kentang, lobak, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, rempah kari, lada hitam, telur rebus, garam dan gula.
Dah masak inti, boleh sejukkan.

Kemudian, sediakan kulitnya pula. Ala, youtube kan ada. Hihu..

Buat bulat-bulat


Gelek jela dengan apa yang ada. Mengimbau zaman kecil-kecil, kami gelek dengan gelas.


Biasalah pakai cetak tu tak lekat. Kita kelim pakai tangan je lepas tu.


Ni bawa bekal, makan kat office



Suami makan berketul-ketul. Tu tandanya.....karipap ni sedap.






Alif Ziyad

Bila Ditinggal Kejap

9:00 PG

Assalamualaikum


Dia sering bangun awal pagi. Bila tidur dia dah cukup, bangun pagi pun happy je. Sejak dia laju mengengsot, bukan main lagi laju ke sana sini sampai ibu dia payah buat kerja.

Jalan selamat, letakkan dia dalam baby coat. Tapi, biasalah. Mula-mula elok lah main..


Semua benda nak masuk mulut.


Baringlah pulak. Penat..


Tergolek-golek sampai kaki keluar dari landasan.

Tak lama lepas tu, dengarlah dia membebel-bebel. Itu untung kalau membebel, kalau menangis? Tu tanda minta dukung!




Throwback

Meja Piknik

9:00 PG

Assalamualaikum


Meja ni aku dah perasan sejak tahun lepas ke 2 tahun lepas ke. Banyak seller jual kat facebook, instagram.


Pinjam dari Google



First impression aku, terkejut beruk!!!!

Kenapa?

Sebab...

Ini design aku masa aku form 3. Masa tu tahun 1999!! 

Kalau korang ingat, kita ada kelas kemahiran hidup. ERT. Ekonomi Rumah Tangga. Tapi, tetap perlu buat kerja bertukang, bercucuk tanam.
Bukan setakat memasak dan menjahit sarung kotak muzik besar gedabak yang diperbuat dari kayu.
Aku ingat lagi, aku dan partner decide nak buat simple-simple je. Kawan-kawan lain pun kebanyakkannya ikut idea orang-orang lama.
Pada aku, emm...tak best tiru idea lama. Macam takde idea lain je, tak berkembang. Ciss. Tapi, oleh sebab aku ni kategori kreatif (suatu masa dahulu), ada je idea yang orang tak terfikir yang aku buat. Tapi, mujur masa tu cuma nak siapkan folio je. So, aku cuma design dalam folio tu.

Bercerita mengenai kreatif, aku tak nafikan aku agak kreatif hingga apa design pun yang aku buat, ramai kawan aku ikut. Kalau melukis tu, aku buat cincai tapi hasilnya wow!! Macam aku pun tak expect jadi macam tu. Dan setiap bulan, hasil aku mesti dipamerkan dalam bilik seni.

Tapi, itu dulu. Sekarang, otak dah beku. Jari jemari pun dah kematu dek hari-hari menekan papan kekunci.

Berbalik ke folio Kemahiran Hidup Tingkatan 3 Tahun 1999 tu. Dalam folio tu, aku design menggunakan kayu dan play wood. Penyambungan lain, hanyalah menggunakan engsel dan skru (macam engsel tingkap kayu tu). Selebihnya paku.
Pinjam dari Google ~ Ini engsel tingkap.
Yang aku imagine jadi penyambung setiap bahagian yang berlipat. Siap curik engsel abah aku konon nak menjayakan misi "Meja Briefcase" aku tu.


Dan kejadian selepas dilipat adalah sama juga. Dalam briefcase!! Tapi, design aku tu totally dengan kayu lah.

Dalam hati aku, takkan lah idea boleh 100% sama. Bila aku tengok produk tu memang terjual dengan meluas, aku terfikir, masa tahun 1999 tu cuma ada televisyen. Itu pun jarang dapat tengok sebab kawalan maksimum dari abah, tak boleh mengadap tv je.

Kalau komputer tu, tak silap aku, aku form 5 baru kat sekolah ada komputer. Itu pun adalah 5 buah, tanpa internet. Almaklumlah, sekolah kampung.
Dalam hati, kalaulah aku dapat buktikan yang wujudnya folio 'khazanah' aku tu. Emmm,...yelah folio tu mestilah hantar kepada cikgu Kemahiran Hidup (ert) dulu. Mesti generasi kemudian, ada tengok folio aku tu, macam aku juga la kan ada tengok folio zaman kakak aku yang beza 4 tahun dengan aku. Mungkin,,,mungkin,,



Nota Hati : Yakin ciptaan sendiri kan,,,







Makan Gaji

Bunga CP 2

9:00 PG

Assalamualaikum



Seksyen CP tidak besar mana bila sebahagian telah berpindah ke Batam, Indonesia. Tahun 2012/2013 adalah tahun paling meriah buat CP (tempat kami) sebab ada7 dapur (furnace) dan production running 24 hours every single day.

  Offday, public holiday, semua sapu.

Itu dulu... Sekarang, projek suam-suam kuku.
Intership student dari UniKL Seri Alam (gambar depan) ditempatkan di production department. Kami satu pejabat, hari-hari jumpa selama 4 bulan bersama kami.

Yang lain QAQC department, termasuklah saya. Semua hebat-hebat belaka.
20 Mei 2016 - Hari terakhir dia bersama kami. Tamatlah sudah praktikalnya di sini. Dia sangat bagus. Rajin. Dan dia dioffer untuk diserap masuk ke dalam seksyen kami. Moga ada rezeki untuk bersama kami lagi.

Lokasi makan:
Di sini!


Giveaway

Giveaway Fridge Magnet Lombok

5:58 PTG

Assalamualaikum



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...


Kawan

Majlis Di Simpang Renggam

9:00 PG

Assalamualaikum


1 Mei 2016 - Sempat singgah majlis perkahwinan kawan baik saya di simpang renggam. Alhamdulillah, tahniah buat dia.
Kami sampai agak awal sebab mahu pulang ke kampung dengan kadar segera. Dia sedang bersolek sewaktu kami sampai menjengahnya. 
Dua beradik baring di atas karpet lembut. Best sangatlah tu.


Duduk sekejap di ruang tamu, kemudian menjamu selera terlebih dahulu. Pengantin tengah sakan bersolek kan..

Hidangan di majlis pengantin, biasalah Nasi minyak, ayam masak merah dan banyak lauk pauk lain. Saya memang suka datang majlis awal sebab makanan masih fresh.

En.suami memilih untuk makan mi rebus sahaja. Yang paling best, ada cendol. Memang best kot minum cendol di kala terik mentari tengahari. Tau sajalah, cuaca panas sekarang ni.



Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan pelamin pun jadilah..


Semoga dia bersama pasangan berbahagia hingga ke Jannah..
Amin..



Makan Gaji

Ole-ole Dari Ganu

9:00 PG

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat merasa keropok lekor dari terengganu. Sedap tak terkata.


Diberi oleh rakan sekerja yang berasal dari sana. Dia pun baru je beberapa bulan menjadi rakan sekerja kami. Semoga murah rezeki dia.


Ucapan

Hari Guru 2016

9:00 PG

Assalamualaikum


Tiada ucapan lain selain ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar saya dari sekolah tadika, sekolah rendah, menengah dan juga IPTA.


Pinjam dari Google


Buat kakak dan abang ipar ku, semoga terus berbakti kepada anak bangsa. Dua-dua merupakan pendidik yang berdedikasi.



"Guru Pembina Negara Bangsa"



Kampungku

Nikmat Berkumpul Sekeluarga

9:00 PG

Assalamualaikum


Bukan senang dapat berkumpul sekeluarga. Lebih-lebih lagi masing-masing sudah berjauhan dan sudah berkeluarga.

Anak pertama di Rawang. Anak kedua di JB. Anak ketiga di Jerantut dan anak keempat di JB juga. Tinggal adik yang bongsu sahaja masih single available.
Sesekali berkumpul memang seronok. Makan beramai-ramai di beranda rumah emak sambil menikmati suasana kampung.

Lauk simple je. Ikan keli panggang, cicah air asam. Sambal udang. Ulam raja. Ayam masak kari baki sarapan roti lipat-lipat.



Otak-otak kempas. Saya beli dan bawa balik kampung. 200 pcs. Bakar, makan sepuasnya.


Cuti terasa sekejap je. Tambah pula, Alif demam tiba-tiba. Seronok sangat ramai melayannya hingga tak ingat nak tidur. Orang lain tidur, dia merayap sana sini. Sudah laju mengensot. Puas lah saya mengejarnya.

Belum pernah dia demam lama begini. Sampai 2 hari. Sebelum ni cuma dedar, itu pun ketika dia berusia 5 bulan.


Cuti tidak dapat berjalan, mengenangkan dia tidak sihat. Alhamdulillah, habis cuti saya, dia sihat. Lega hati, dapat masuk kerja dengan tenang meskipun mengantuk memang tak terkata.



Nota Hati : Teringin nak ke Korea, terpengaruh dengan drama Aku Bukan Bimbo


Aisyah Humaira

Ulang Tahun Ke-4 Cik Aisyah

9:00 PG

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas pinjamanMu ini. Cepat benar masa berlalu, tup-tup si cantik manis sudah menginjak usia 4 tahun. 2 Mei 2016, genaplah dia 4 tahun.

Seperti tahun lalu, kami menempah kek di Dessert Queen. Kek indulgence. Bertemakan Sofia the First. Kali ini DQ telah dibuka di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tidak perlu ke Air Biru lagi. Lebih dekat dari rumah.


Kek import dari PG. Agak lembik sebab jauh perjalanan.


1 Mei 2016 - Dek kerana ketidaksabaran masing-masing lebih-lebih lagi masing-masing berpakaian cantik-cantik sebab baru balik dari majlis perkahwinan, termasuk saya. Potong sajalah keknya.

Kami adik beradik


Rehatkan kek dalam setengah jam sebelum dipotong. Itu pun masih lembik. Birthday girl pakai baju cantik sikit. Ala-ala sofia gitu.





Sebelum potong kek, baca doa dahulu. Tiada babak meniup lilin sebab tidak mahu diajar begitu. 


Doa dibacakan oleh atuknya. Diaminkan oleh semua.


Ok, potong!! Macam ayah dia je terlebih excited.


 Kami


Anakanda Aisyah Humaira,

Ibu doakan semoga Aisyah membesar menjadi muslimah solehah.
Menjadi anak yang berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah.
Hormati orang-orang lebih tua darimu, jaga tutur bahasamu dan jaga adabmu.

Ibu doakan semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik. Moga membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang cacat cela.

Amin Ya Rabbal Alamin



Nota Hati : Hanya Allah Yang Mahu Mengetahui.. 

Kampungku

Canai Atas Dulang

9:00 PG

Assalamualaikum


Kalau korang ingat, viral di laman sosial tempoh hari mengenai seorang ibu yang menebar roti canai atas dulang. Tidak lah menebar tapi tepung yang telah diuli tersebut ditarik perlahan-lahan di atas dulang yang diterbalikkan. Bontot dulang lah..

Viral tersebut mengimbau kenangan kami adik beradik, emak selalu buat roti canai dengan kaedah tersebut. Rindu dengan momen itu.

Cuti umum tempohari, adik beradik semua pulang ke kampung halaman. Saya pun, tidak mensia-siakan peluang tersebut.



Roti Canai Belakang Dulang


Telah diuli dan direhatkan semalaman.


Sebelum 'ditebar', leper-leperkan dahulu.


Tarik perlahan-lahan hingga ke hujung. Perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung koyak.


Hasil selepas ditarik


Pelbagaikan cara lipatan. Nak petak ke, bulat ke. Biasa emak buat petak, lipat-lipat hingga kami panggil "roti lipat-lipat"


Setelah dibakar atas kuali leper. Jom makan bersama kari ayam




Kawan

Makan 3 Bulan Sekali

9:00 PG

Assalamualaikum
Kisah minggu lepas.

Bila terpaksa dipecahkan, duit yang ada tidaklah banyak mana. Tapi, masih lagi 1 kepala RM10. Jimat duit makan untuk satu hari.

HOD minta saya beli Pizza Hut atau KFC, makan di lab sahaja selepas inspection hari tu. Lebih, dia top-up. Ok, set.

Gunakan perkhidmatan delivery sebaiknya.


Kenyang juga sampai malam setengah menelan 3 keping pizza, 2 ketul drummet, roti dan semangkuk sup cendawan.





Cuti

Selamat Hari Pekerja 2016

9:00 PG

Assalamualaikum



Selamat Hari Pekerja!!


Oleh kerana jatuh pada hari ahad, makanya Isnin cuti!!

Saya suka..saya suka..


Jom sambung cuti..


zzzZZZZ