Santai Ahad #8 : Lukisan Cik Aisyah

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Santai Ahad #8 : Lukisan Cik Aisyah | Belek-belek buku conteng dia penuh dengan lukisan. Alahai anak.. Ibu suruh tulis ABC, penat katanya. Ibu suruh membaca, nak tidur katanya. Pening ibu dibuatnya.

Cik Aisyah saya ni agak pelik sedikit perangainya. Dia agak malas bab belajar, bab membaca, bab menulis. Puas saya mengajar, melatihnya. Tapi, kalau bab melukis tak perlu disuruh. Tahu-tahu penuh satu helai kertas dengan lukisan. Belum bab mewarna.

Inilah yang saya jumpa bila belek buku conteng dan sketch book dia.

Dia ada mengatakan hasratnya untuk beli dan bermain layang-layang tapi saya tak belikan sebab tak tahu bila nak bawa dia bermain.

Mungkin dia berasa kesunyian bila ditegur dan dimarah.

Macam lukisan adik Alif yang kuat menangis dan mengamuk. Huhu..

Ini mermaid katanya.

Seolah seorang putera raja membawa bunga yang mungkin sedang mencari puteri hati.

Ini? Apantah..tak dapat saya tafsirkan.

Sketch book ni baru je beli beberapa hari lepas. Dah nak penuh dengan lukisan dan contengan dia.

Mermaid di dalam laut bersama rakan ikannya.

Seorang kanak-kanak riang sedang berjalan di bawah cuaca yang cerah. Dan di tepi jalan ada bunga-bungaan yang sedang kembang mekar.





  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Menarik juga lukisan tu, anak buah saya pandai conteng je

    BalasPadam
  2. Gambar yang last tu cantiklah.. frame kan lah.. ;)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.