Kencing Manis Selepas Bersalin??

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Kencing Manis Selepas Bersalin?? | Bagi yang menghidapi kencing manis ketika mengandung pasti sedia maklum perlu minum air gula lagi selepas bersaalin. Ini bertujuan memastikan samada kencing manis yang dihidapi ketika mengandung melekat terus atau tidak.

Boleh baca pengalaman saya yang lalu di sini.

Untuk anak ke-3 ni, saya dah rasa gembira bila klinik takde menelefon saya sehinggalah beberapa minggu yang lalu saya menerima panggilan telefon yang menyatakan saya perlu ke KK untuk mengambil surat keputusan selepas minum air gula.
Bacaan gula saya rupanya tinggi. Terkedu saya. Masa ni memang sedikit down lah. Terbayang nes panas kegemaran saya, teh ais derhaka, tealive, boba milk tea segala tu mula terbang jauh. Mampu telan liur ajelah lepas ni.
Kebetulan pula minggu lepas saya MC sebab demam, batuk dan selesama. Alang-alang dah MC hari tu, pergilah saya ke KK untuk mengambil surat tersebut. Lepas ambil surat tu kena jumpa doktor pula. Alahaii..

Ha..alang-alang dah kena jumpa doktor, teruslah dapatkan rawatan untuk Alif. Sebab luka kat lutut dia tak sembuh-sembuh.
Ini kad rawatan saya. 

Doktor cakap, bacaan gula saya normal je. Takyah risau. Cuma kena berjaga-jagalah. Maklumlah umur makin berusia bukan makin muda. Ha..korang yang suka hentam makan manis-manis tu baik korang control sikit. 


Wehuuuu... hidup kembali bersemangat. Kalau betul saya ada penyakit kencing manis tu, saya tak boleh ambil air manis langsung tau. Lega weh masih mampu minum milk tea sugar brown tealive.

Kad rawatan Alif.

Ubat Alif.

Macam cedera parah.

Kisahnya, lutut Alif ni luka tak baik-baik hampir sebulan dah. Biasalah anak lelaki ni lasak amat. Jatuh puluh kali pun tak serik-serik.

Ni pun luka dia dah mula bernanah. Tu yang saya dapatkan rawatan untuk dia. Luka dia kena cuci tau sebab dah bernanah.  Dia punya meraung satu klinik tu boleh dengar rasanya. Lepas tu kena balutlah.

Dalam perjalanan balik dari klinik mulut dia tak habis-habis membebel, cakap tak nak pergi klinik lagi. Ibu jangan bawak Alif pergi klinik lagi eh.

 Sampai rumah, dia punya letih tu, dia tidur dari tengahari balik klinik sampai pagi esoknya.


  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Alha,dulilah, Sis mengandung anak-anak semua takde masaalah..dari sebelum hingga selepas...syukurlah ..

    BalasPadam
  2. iskk.. risau jugak kalau dah ada kencing manis time muda2 ni kan mar.. nasib baik doktor cakap normal. alahai.. kesiannya alif.. semoga lutut alif cepat sembuh.. penat sangat sampai lama nau dia tido ye mar.. haha

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, mmg kena jaga2 makan manis masa muda2 ni. Risau sakit masa tua..huhu

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah... betul2 tu kena berjaga2 makan manis.. semoga alif cepat sembuh

    BalasPadam
  5. Betul tu sis. Bila usia dah meningkat ni, kena betul2 kawan intake benda manis kan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah jom sama-sama kita jaga

    BalasPadam
  7. Allahu..siannya dak Alif...moga cepat sembuh lukanya...ameen!

    BalasPadam
  8. Great artcile, however it would be better if in future you can share more about this subject. Continue posting. See Instagram photos and videos from 'Pictaram' hashtag.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.