Assalamualaikum

Kencing Manis Selepas Bersalin?? | Bagi yang menghidapi kencing manis ketika mengandung pasti sedia maklum perlu minum air gula lagi selepas bersaalin. Ini bertujuan memastikan samada kencing manis yang dihidapi ketika mengandung melekat terus atau tidak.

Boleh baca pengalaman saya yang lalu di sini kenapa perlunya minum air gula selepas bersalin.

Untuk anak ke-3 ni, saya dah rasa gembira bila klinik takde menelefon saya sehinggalah beberapa minggu yang lalu saya menerima panggilan telefon yang menyatakan saya perlu ke KK untuk mengambil surat keputusan selepas minum air gula.

Bacaan gula saya agak tinggi rupanya. Terkedu saya. Masa ni memang sedikit down lah. Terbayang nes panas kegemaran saya, teh ais derhaka, tealive, boba milk tea segala tu mula terbang jauh. Mampu telan liur ajelah lepas ni.

Kebetulan pula minggu lepas saya MC sebab demam, batuk dan selesama. Alang-alang dah MC hari tu, pergilah saya ke KK untuk mengambil surat tersebut. Lepas ambil surat tu kena jumpa doktor. Maka, teruskan jelah.

Ha..alang-alang dah kena jumpa doktor, teruslah dapatkan rawatan untuk Alif. Sebab luka kat lutut dia tak sembuh-sembuh.

Ini kad rawatan saya. 

Doktor cakap, bacaan gula saya normal bagi orang yang tidak mengandung. Tak perlu risau. Cuma perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan seharian. Maklumlah umur makin berusia bukan makin muda. Ha..korang yang suka hentam makan manis-manis tu baik korang control sikit. Bukan apa, penyakit kalau sudah melekat, memang payah nak buang. Jalan terbaik adalah cuba hindari sebelum dapat.


Hidup kembali bersemangat bila sudah dengar penerangan dari doktor. Syukur alhamdulillah. Bebas dari diabetes.

Ini pula kad rawatan Alif. Luka di lututnya perlu di cuci takut ada jangkitan kuman. Budak seusianya memang tengah lasak.



Ubat Alif.

Macam cedera parah.


Luka di lututnya sudah mula bernanah. Tu yang saya dapatkan rawatan untuknya. Luka dia perlu dicuci sebab dah bernanah.  Dia punya meraung satu klinik tu boleh dengar rasanya. Lepas siap cuci, dibalut kemas dan sudah boleh keluar dari bilik rawatan.

Dalam perjalanan balik dari klinik mulut dia tak habis-habis membebel, cakap tak nak pergi klinik lagi. Ibu jangan bawak Alif pergi klinik lagi eh.

 Sampai rumah, dia punya letih tu, dia tidur dari tengahari balik klinik sampai pagi esoknya.