Natural Minyak Telon & Natural Baby Balm AFFAN Pilihan Terbaik Para Ibu Bapa

By Mar Mansor - 7:00 PTG

Assalamualaikum

Natural Minyak Telon & Natural Baby Balm AFFAN Pilihan Terbaik Para Ibu Bapa | Penggunaan minyak telon adalah penting untuk bayi. Lebih-lebih lagi bagi bayi baru lahir. Untuk pengetahuan semua, bayi saya, Azri baru berusia 4 bulan.

Sejak lahir Azri ni memang jenis nafas berbunyi. Bunyi nafas si Azri ni macam orang berdengkur tu. Kalau dengar dengkuran dia ni, memang rasa kesian sangat.

Puas cuba macam-macam petua tapi tak menjadi. Akhirnya, saya diperkenalkan dengan AFFAN Natural Baby Balm & Natural Minyak Telon.

Produk Muslim Tempatan Dengan Berasaskan Bahan Semulajadi 

Pertama sekali saya tertarik dengan produk ni kerana ia adalah produk muslim keluaran tempatan. Bahan yang digunakan pula adalah berasaskan semulajadi.


Sebenarnya, set Affan untuk penjagaan baby ini dihasilkan oleh pihak Immani Skinz yang telah lama berada kat pasaran. Ia juga ada kelulusan KKM. 

Di sini saya akan kongsikan kelebihan dan keistimewaan Affan natural baby balm & Affan natural telon oil ni pada semua. Saya juga akan tunjuk hasil lepas gunalan pada baby Azri tersayang.

1. Natural Minyak Telon Affan


Natural Minyak Telon Affan ini akan bertindak sebagai minyak telon bagi bayi di mana ia membantu merawat perut kembung, perut berangin serta membantu melancarkan pernafasan ketika selsema dan menghangatkan tubuh badan bayi.

Selain itu, ia dapat membantu menenangkan emosi bayi yang meragam dan kuat menangis .
Minyak telon ini dirumus khas dari minyak almond, halia, daun pudina, habbatus sauda Organik, bunga geranium, minyak kayu putih, lavender, bunga kenanga (ylang ylang oil dan juga vitamin E.

Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steroid, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan. Malah, bau-bauan adalah dari bahan natural tumbuhan ( essential oil).

Kiranya, minyak telon Affan ini antara set minyak terbaik dengan bau yang menyenangkan untuk hilangkan kembung bayi.

Ia direka dengan rekaan yang mudah dibawa ke mana-mana. Hanya perlu buka penutup dan spray di tapak tangan kita sebelum sapu ke bayi. Mudah sangat sebab hanya spray -spray je. Tak perlu risau sebab tak mudah tumpah. Nak bawa utk bercuti dan travell pun senang! 

Seperti biasa, saya gunakan minyak telon ni selepas mandikan Azri. Selepas mandikan anak, pastikan sapu minyak telon Affan pada perut bayi untuk elakkan perut kembung.

Cara untuk guna mudah saja, hanya perlu spray ke tapak tangan, kemudian sapu dan urut perlahan ke bahagian dada, perut, tapak kaki, belakang betis, bahagian belakang dan ubun-ubun.

Kalau tengok, Azri selesa je lepas disapu dan diurut sebab rasa hangat-hangat. Saya sendiri rasa teruja dengan baunya yang lembut dan best. 

Memang mudah sangat sebab hanya perlu spray -spray je. Tak perlu risau juga sebab tak mudah tumpah.  Bagi saya, Minyak telon Affan ni adalah salah satu produk untuk baby yang bagus dan mudah untuk dipakai.

2. Natural Baby Balm Affan


Selain minyak telon Affan tadi, balm juga merupakan benda penting bila ada bayi. Selain masalah nafas berbunyi, Azri tiada masalah lain yang agak ketara. Cuma, sesekali naik ruam lampin.

Biasalah tu kan, sebab lampin pakai buang ni kan panas. Tapi, tak boleh dibiarkan. Perlu dirawat sebelum melarat. Kalau dibiarkan nanti yang sedikit akan jadi merebak dengan banyak. Kesian baby. 

Apa yang menariknya, jika minyak. Telon Affan dapat bantu masalah kembung perut, Baby balm Affan ini pula dapat membantu merawat kulit seperti ruam lampin, ruam susu dan juga ruam akibat panas.


Selain itu ia juga dapat bertindak untuk membantu merawat kulit kering dan juga kulit sensitif. Alhamdulillah, banyak juga kegunaannya ni. 

Balm yang bagus dari Affan ini sangat special kerana diperkaya dengan minyak almond dan minyak zaitun untuk melindungi kulit bayi atau kanak kanak bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Ia turut mempunyai Essential oil (ekstrak minyak) dari bunga kenanga, lavender dan geranium rose yang membantu sebagai aromaterapi untuk memudahkan anak anak tidur lena tanpa gangguan dan tidak meragam.

Set Affan : Sekali Guna Terus Jatuh Cinta

Pada pendapat saya sendiri, Affan baby balm & telon ni merupakan set minyak untuk bayi kembung yang sangat best. Bila dah guna, baru tahu tahap keberkesanannya. Seronok juga bila dapat guna produk yang macam ini. 

Sebabnya, pasti jatuh cinta dengan bau set minyak telon Affan yang sangat sesuai dengan bayi dan kanak-kanak ini.

Yang paling penting, produk Affan ni mesra pengguna sebab minyak telon dan baby balm senang di bawa ke mana saja.

Antara Testimoni Sebahagian Pelanggan Yang Lain





Harga Juga Sangat Berpatutan


Harga untuk;
Minyak Telon Affan : RM35
Balm Bayi Affan : RM45

Harga promosi sekarang untuk Balm Bayi Affan, hanya RM39. Sementara stok masih ada. Cepat grab!

Whatsapp : 
www.wasap.my/60136699512/affan

Facebook : https://www.facebook.com/ImanniSkinz/

Instagram : https://www.instagram.com/affan.essential.oil/ 

#affan #imanniskinz #minyaktelon #babybalm #naturalminyaktelon #naturalbabybalm
#sokongprodukmuslim


  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. benda penting untuk bakal ibu, yang ada baby, anak besar pun boleh guna..kadang mak ayah pun guna balm ni..ehheee..bgus kandungan dia..

    BalasPadam
  2. wah....mesti best kan bau dia mar...takde baby la pulak nak cuba...hehehe

    BalasPadam
  3. menarik plk bc review mar ni..blh try utk adira jgk..item wajib ada dlm bag mak2..

    BalasPadam
  4. Anaqi pakai set affan ni sesuai dengan dia. hari tu selesema dengan batuk alhamdulillah dapat membantu melegakan pernafasan dia. Nora suka sapu dekat perut umbun2 tapak kaki ngn blakang badan dia. bau pun sedap kan.

    BalasPadam
  5. Nampak best plak. Ibu2 yang ada anak masalah perut kembung ke, selesema ke kena ada stok satu kat rumah. Senang citer.

    BalasPadam
  6. Boleh kurangkan 'dengkur' baby eh..selalu bunyi tu tanda ada kahak kan? anak saudara selalu ada bunyi tu

    BalasPadam
  7. Memang bagus kan set affan ni.. Sesuai utk para ibubapa ada set ini utk anak2.. Selesa nak guna dan yang bestnya dpt elakkan dr kembung perut dan bayi tidur lena

    BalasPadam
  8. bagus sgt bila ada set yang mcm gini.... natural pulak tu! boleh cuba utk kasih juga ni

    BalasPadam
  9. wah kalau ada review yang jujur macam ni mesti mak2 di luar sana tak teragak2 nak beli kan..bagus minyak telon ni utk baby

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.