E-Book

Stok Bisness

8:00 PG

Assalamualaikum
Stok Bisness | Terus terang saya katakan duduk di bandar ni persaingan memang banyak. Lambat beli, stok habis. Kadang tu puas singgah semua pasaraya tapi habis. Tambah pula peniaga makanan sekarang ni memang ramai baik yang berniaga dari rumah, gerai, kedai makan mahu pun restoran

Tepung dan minyak masak, bahan yang penting untuk karipap saya.

Biasa stok niaga, saya beli di kampung. Minta emak abah belikan siap-siap. Bila balik kampung, tinggal angkut je. Di kampung, stok mudah dapat dan harga jauh lebih murah. Tak berebut macam kat JB ni.


Frozen Food

Hasil Yang Gembira

3:58 PTG

Assalamualaikum


Hasil Yang Gembira | Dalam kesulitan pasti ada kemudahan. Dan aku sentiasa percaya dengan izinNya. Walau datang kesulitan apa pun, yang penting kita berusaha, berikhtiar untuk mengatasinya. Dalam masa yang sama gandakan berdoa.


Pinjam dari Google


Rezeki setiap orang tak sama. Ujian setiap orang juga tidak sama. Apatah lagi cara pemikiran dan pendapat orang. Tidak pernah sama. Kalau sama pun mungkin 50%.

Dalam forma jual beli, sudah tertera nama aku dan suami. Memang dah tau kami dapat rumah pampasan berupa rumah flat tu dari 2 tahun lepas. Masa tu Alif masih dalam perut. Bukan semua orang dapat rezeki beli rumah 2 buah. Nak dapat sebiji pun payah dah sekarang ni. Aku, memang bersyukur sebab sudah ada 2 buah rumah.

Nampak seolah mudah kan? Siapa tahu akan kesusahan yang kami alami? Nak petik bunga ros yang cantik, yang wangi pun perlu menjaga tangan, elak dari terkena duri. 


Eh, sebenarnya aku nak kongsikan kegembiraan aku sebab aku ada jual karipap goreng pagi-pagi. Letak kat Wak van biru. Wak ni bukan orang tempatan, tapi aku hormat dia sebab lebih tua dari aku dan aku tengok dia jenis tak kisah. Sesetengah orang kita pun sombong nak mampus. Siap cerita dengan aku macam-macam.

Aku? Memang jenis muka tembok. Tak heran dengan apa yang orang keliling cakap. Aku jual karipap tu halal. Tak menyusahkan siapa-siapa pun. Makanan. Aku masak, tentulah sedap, bersih. Yang utama, aku tak malu pun jual karipap, malah bangga sebab hasil jualan aku disukai ramai. Alhamdulillah.

Sikit pun rezeki. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tamak, nanti jadi seperti anjing dan bayang-bayang. Jangan tamak, bak pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Pagi tadi, wak van biru cakap, dia sampai-sampai orang dah tanya, mana karipap wak?

Karipap sedap



Frozen Food

Si Gebu Roti Mantou

9:00 PG

Assalamualaikum


Cuba tengok ni. Gebu tau! Lembut pula tu. Memang sedap bila digoreng. Garing diluar dan lembut didalam. Sangat sedap dicicah dengan sambal tumis atau kari. Ikutlah kesukaan masing-masing.

Pertama kali saya makan. Rupa iras-iras beger malaysia. Bentuk dan saiz pun lebih kurang beger malaysia. Adik beradik la kot. Cuma yang ni lebih gebu, lebih lembut. Aummm..


Roti Mantou | Mantou disebut dalam bahasa cina yang bermaksud dikukus. Maknanya roti mantou adalah roti kukus. Betul kan? Makanan ini berasal dari cina. Kalau tengok bahan-bahannya lebih kurang pau la kot. 

"Mantou lebih manis, terksturnya lembut, dan bagiannya dalamnya empuk.
Kebanyakan orang memakan roti mantou tanpa isi, bahkan tradisi china orang memakan mantou sebagai pengganti nasi."



Ini dia roti mantou yang saya beli. RM6/20 pcs. Berbaloi-baloi. Jika disimpan ditempat sejuk beku boleh bertahan selama sebulan.


Ini pula gara-gara kerajinan di pagi hari. Goreng 8 ketul, untuk sarapan kami anak beranak. Baki yang belum digoreng, simpan dulu dalam peti ais. Sedap. Garing diluar dan lembut di dalam. Rasanya kalau makan kosong pon dah sedap sebab tak tawar sangat. Macam kita makan roti kosong tu, ada rasa lemak-lemak manis kan.


Ini pula gatal letak isi tuna pedas. Kalau dah tekak melayu kan, mesti nak ada pedas-pedas sikit. Nak buat sambal tumis, tak sempat pula.

OK dah habis 2 ketol kena ngap.


Berminat dengan Roti Mantou?
Untuk tempahan boleh whataps/ pm
FB : RizkyBakery House
Whatsap : 018-399 9867

Sekitar Johor ye..luar johor tu tak tahu lerrrr..

Frozen Food

Pau D'Sanjung Gebu

10:07 PG

Assalamualaikum


Teknologi makanan sekarang semakin canggih. Makanan frozen pun ada je jual di mana-mana cuma perlu pandai memilih. Bab makanan, haruslah cari yang halal, berkualiti dan sedap.

Dek en.suami teringin makan pau, teringat pula ada seorang kenalan menjual pau frozen jenama D'Sanjung. Dekat je dengan rumah kami.

Pau D'Sanjung terdapat pelbagai inti. 
Ayam, daging, sambal bilis - RM10/6pcs
Kacang, kaya, kelapa, coklat - RM8/6pcs

Pilihan saya mestilah pau daging. Kalau ada perisa sate, dah ambik tau.


Hanya perlu dinyahbeku sekejap. Kemudian kukus selama 10minit. Siap untuk dihidang.
4 biji ni muat-muat je pengukus saya untuk 1 layer.



Wallah...isi dia banyak juga. Ada rasa dagingnya. Berpadananlah dengan harganya, iye dak?

Bagi mereka yang duduk sekitar Pasir Gudang, yang teringin nak makan Pau D'Sanjung, 
boleh dapatkan pau gebu ni dari Ct Nakia, whataps 0177626808





Frozen Food

Minta LIKE Ye

5:00 PTG

Assalamualaikum


.: Stciky Post :.
Scroll untuk entri baru


Minta jasa baik kawan-kawan like page kami. 
Jom like page kami!!

>>>> Mar&Nadz Frozen <<<<

Buat masa ni, kami menumpukan pada 2 jenis produk sahaja.


Karipap Special
RM4.50 / 10pcs



Popia Satar
RM10 / 30pcs



Minta like dulu ye...





Blog Janji Kita

Susah Senang Si Pembuat Kuih

4:03 PTG

Assalamualaikum

Kisah ni jadi viral beberapa minggu lepas kan. Tentang makcik yang tak puas hati bila pelanggannya cakap kuih sebiji 50sen mahal.

Baca entri ini sampai habis ye..

======================================

"Makcik, bagi kuih ini 2 dan yang ini 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup RM3?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni makcik?" tanya Nora secara berseloroh.

"Bolehlah, saya tambah satu biji lagi," sambungnya.

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan dalam plastik kecil berwarna kuning. 

"50 sen sebiji pun, untung bukannya banyak mana pun dik," jawabnya.

"Ye ke ni makcik?" Nora seakan tidak percaya. 

"Makcik jual sebiji 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20-30 sen. Itu pun selepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik itu semua makcik pun tak pandailah nak kira macam mana," jawabnya sambil menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora. 

"Adik agak-agak jam berapa makcik mula buat kuih itu?" soalnya.

"Tengah hari dalam jam 11 begitu?" Nora cuba meneka. 

"Makcik buat semua ini seorang diri dari jam 10 pagi lagi. Dalam jam 3.30 petang sudah kena bersiap semua. Jam 4 petang makcik sudah berada di sini, buka gerai. Selalunya dalam jam 6.30 petang, makcik dah kena tutup sebab anak-anak nak balik sekolah. Sekarang jam berapa dik?" soalnya. 

"Sekarang jam 5 suku petang," jawab Nora.

"Adik adalah pelanggan kedua makcik hari ini. Berapa ringgit yang makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20. Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga sahaja. Katakanlah makcik untung dengan dia RM1.00, dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untuk RM2.20.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang itu untungnya banyak sikit. Tetapi selepas anak makcik sudah masuk sambung belajar, makcik dah tak larat nak buat. Kuih ketayap yang adik beli itu, berapa lama adik rasa satu biji kuih itu nak disiapkan?" soalnya lagi.

"Sejam lebih? Nampak macam leceh nak membuatnya. Tetapi maaf nak cakap, kalau tak untung, kenapa makcik berniaga juga?" giliran Nora menyoalnya. 

Makcik itu merenung muka Nora dan berkata, 

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu. Kalau makcik tak berniaga, siapa lagi yang nak berniaga kuih Melayu? Makcik suka berniaga, lagipun makcik bukannya pandai buat benda lain dah sebenarnya," jelasnya. 

Sambil menyusun bekas-bekas kuih yang ada, makcik itu memohon maaf. 

"Maaflah dik, takut adik terasa. Makcik nak kata orang Melayu kita sekarang ini pelik dik," katanya. 

"Pelik yang macam mana itu makcik?" Nora cuba mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Orang kita makan donut sebiji RM3, tak apa. Sushi sebiji RM2, tak apa. Tetapi bila bercerita tentang kuih yang dijual di tepi jalan 50 sen sebiji, mahal," katanya membuatkan Nora terdiam seketika.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" soalnya tiba-tiba. 

"Tak pernah lagi. Kuih bahulu pernahlah cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" soalnya lagi. 

Sekali lagi Nora hanya terdiam, mengenang penat dan lenguh tangannya memukul telur. 

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit. Makcik cukup makan sebab makcik tahu ada ramai orang di luar sana yang macam adik nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ini semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Tetapi makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada," luahnya. 

Nora hanya diam mendengar. Dia hanya merenung makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa. 

"Makcik orang Melayu, makcik boleh berniaga sushi ke? Dorayaki ke? Harga sebiji pun RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari. Barang pun ambil dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua. Tapi dik, kalau makcik buat begitu, siapa lagi yang nak jual kuih-kuih ini pada adik? Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mahu buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana. Nanti-nati takkanlah semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut saja setiap hari?" katanya sambil memulangkan wang RM3 kepada Nora. 

"Eh makcik, ini kan duit kuih saya?" kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dia kata mahal. Makcik bagi balik duit pada dia dan makcik sedekahkan," jawabnya.

"Kenapa makcik?" Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan menolong orang kita," jawabnya. 

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas. 

=================================


Dari bulan Ramadhan, kami sudah mula menjual kuih muih frozen sedikit demi sedikit. Saya dah rasa macamana penatnya buat kuih ni.

Pada saya, buat kuih tidak susah mana tapi ia agak renyah. Yang penting, sedap! 


Contoh, kuih karipap. 

Nak sediakan inti, kentang perlu dipotong dadu. Perlu mencincang bawang. Perlu dimasak kentang hingga lembut. Tentang rasa pula, mestilah kena sedap! Kalau tak, orang taknak beli. 

Pastu, sediakan pastri pula.

Perlu tahu kuantiti majerin, minyak mengikut kesesuaian kuantiti tepung.

Pastu, kena uli doh.

Pastu, kena gelek.

Pastu, kena isi inti.

Pastu, kena ketap dengan cetak. Kalau taknak risiko terbuka, kena kelim pulak. Adoi, lenguh jari jemari mengelim satu-satu.

Pastu, kalau buat frozen, kena bakar dalam oven dulu atau goreng separa masak.

Pastu, kena tunggu sejuk sebelum dipacking.

Pastu, kena masukkan dalam freezer untuk mengekalkan kualiti rasanya.

Untuk dijual panas-pansa pula, kenalah goreng dengan minyak.

Pastu, kena tos.

Perlu sedia menanggung risiko, karipap reject. Maksud reject, kot yang ternganga kan...

Untung, tidak lah banyak mana tapi cukup sekadarnya. Saya bersyukur sangat-sangat. Walaupun sikit-sikit tapi penat lelah kami terasa berbaloi. Dengan hasil jualan, dirolling untuk modal dan dapat beli peralatan yang sewajarnya.


Pada saya, lebih mudah jual panas-panas dari frozen. Yelah, bila kita goreng, kita tahu tahap kualiti produk kita. Terbuka ke, ternganga ke.

Kalau produk difrozen kan ni. Banyak step perlu buat. Pastu, kalau customer tak puas hati, adoi,,.,terima jelah kenyataan.

Saya sebagai pembuat dan pengedar produk frozen ni, akan sentiasa memperbaiki mutu produk kami. In sha Allah.

Hasil karipap saya, tak terbuka lagi.

Dan popia satar saya juga menggunakan kulit popia yang bermutu. Banyak saya dah cuba, akhirnya dah jumpa kulit yang bagus.

Harap pelanggan saya tak serik ye order dengan saya.




Frozen Food

Karipap Frozen Mar

9:00 PG


Assalamualaikum

Dua minggu sibuk sikit menyiapkan tempahan karipap. Orang lain dok sibuk pulun buat kuih raya, aku lak sibuk buat karipap. Akekeke..

Open order pun sebab ada kawan nak sangat makan karipap yang aku buat. Alang-alang tu, open order lah. Test market

Bulan puasa kan, karipap kena frozenkan. Tapi, masih lagi bertatih dan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Cara mengfrozen yang betul pon perlu pelajari.

Pertama kali open order, erkk 260 biji. Hambek ko,, Gigih tak gigih la. Kata nak belajar berniaga kan. Dengan Alif demam, merengek, adusss, tak cukup tangan rasanya. 

Alif Demam

Akhirnya, beli juga mesin penggelek bagi memudahkan kerja. Bab sediakan inti jangan cakaplah. 5 kali aku masak ini baru siap 260 biji tu. Sekali masak 1 kg kentang.



Ini mesin bantuan saya..gelekan ke-4 baru memuaskan hati saya.



Ini hasil gelek pakai tangan. Penggunaan mesin gelek tak dapat buat karipap besar macam ni. Saiz karipap sebenar, kecil sedikit.



Sealer pun aku beli untuk pek karipap ni. Minggu kedua, awal-awal dah dapat order 100 biji. Tu belum tambah, pelanggan yang repeat order. Alhamdulillah. Total adalah 150 biji.

Maknanya, dalam tempoh 2 minggu, dah buat lebih 400 biji.

Karipap dibekukan beberapa jam sebelum dipek. Ini, setelah dipek.
1 pek ada 10 biji. RM4 1 pek.


Karipap Mar - Berintikan kentang, lobak, daging dan telur.


Rasa intinya memang lain dari lain. Nak kata sedap sangat tu tak tahulah kan, ikut tekak masing-masing.

Tapi, kalau nak rasa apa yang lainnya, kenalah order.

Order akan dibuka semula seminggu selepas Hari Raya.
Yang nak buat open house, boleh WA untuk tempahan.



Nak Order Karipap Frozen Mar?

0197095318 (whatAps)