Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Karipap Frozen Mar


Assalamualaikum

Dua minggu sibuk sikit menyiapkan tempahan karipap. Orang lain dok sibuk pulun buat kuih raya, aku lak sibuk buat karipap. Akekeke..

Open order pun sebab ada kawan nak sangat makan karipap yang aku buat. Alang-alang tu, open order lah. Test market

Bulan puasa kan, karipap kena frozenkan. Tapi, masih lagi bertatih dan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Cara mengfrozen yang betul pon perlu pelajari.

Pertama kali open order, erkk 260 biji. Hambek ko,, Gigih tak gigih la. Kata nak belajar berniaga kan. Dengan Alif demam, merengek, adusss, tak cukup tangan rasanya. 

Alif Demam

Akhirnya, beli juga mesin penggelek bagi memudahkan kerja. Bab sediakan inti jangan cakaplah. 5 kali aku masak ini baru siap 260 biji tu. Sekali masak 1 kg kentang.



Ini mesin bantuan saya..gelekan ke-4 baru memuaskan hati saya.



Ini hasil gelek pakai tangan. Penggunaan mesin gelek tak dapat buat karipap besar macam ni. Saiz karipap sebenar, kecil sedikit.



Sealer pun aku beli untuk pek karipap ni. Minggu kedua, awal-awal dah dapat order 100 biji. Tu belum tambah, pelanggan yang repeat order. Alhamdulillah. Total adalah 150 biji.

Maknanya, dalam tempoh 2 minggu, dah buat lebih 400 biji.

Karipap dibekukan beberapa jam sebelum dipek. Ini, setelah dipek.
1 pek ada 10 biji. RM4 1 pek.


Karipap Mar - Berintikan kentang, lobak, daging dan telur.


Rasa intinya memang lain dari lain. Nak kata sedap sangat tu tak tahulah kan, ikut tekak masing-masing.

Tapi, kalau nak rasa apa yang lainnya, kenalah order.

Order akan dibuka semula seminggu selepas Hari Raya.
Yang nak buat open house, boleh WA untuk tempahan.



Nak Order Karipap Frozen Mar?

0197095318 (whatAps)



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. alhamdulillah mar,mana tau boleh jadikan bisness yang tetap...

    BalasPadam
  2. Rajin sungguh mar..
    Dgn ada anak kecik lagi..
    Semoga bisnes mar terus maju..

    BalasPadam
  3. Wah dah makin kencsng bisnesnya ni.Alhamdulillah..buat sikit2 lama2 bertambah customer..memang intinya special la..selamat maju jaya.

    Selamat hari raya juga ye

    BalasPadam
  4. Wah dah makin kencsng bisnesnya ni.Alhamdulillah..buat sikit2 lama2 bertambah customer..memang intinya special la..selamat maju jaya.

    Selamat hari raya juga ye

    BalasPadam
  5. Lea singgah sini.. Sedapnye karipap.. Nampak sedap sangat...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code