Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Siapa Cakap Layanan Klinik Kerajaan Teruk?

Assalamualaikum


Rasa lama pula tak jenguk blog. Cuti raya katakan. Tapi, kenapa cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu kita beraya kan.

=======

Dari mengandungkan anak pertama hingga ke dua, check-up di klinik kerajaan. Anak demam, anak sakit, dari anak satu, sekarang dah ada dua, pun tetap gigih ke klinik kerajaan. Kalau klinik tutup, kami ke hospital bahagian kecemasan.

Sebab apa? Sebab tak perlu keluar belanja. Lagi sekarang, bil perubatan mahal. Kalau pergi klinik biasa, sekali buat rawatan berserta ubat lebih RM50.

Tapi, ini bukan tanda kami berkira. Tak! Cuma, kami perlu berjimat. Bukan kami tak pernah bawa anak-anak ke klinik swasta, banyak kali. Tapi, kebanyakkannya tak kebah, lebih lagi Cik Aisyah kami tu
.
Alhamdulillah, anak-anak serasi dengan ubat kerajaan.

Kenapa anak ke klinik kerajaan, ibunya ke klinik swasta? Saya? Sebab saya bekerja dan tempat kerja saya ada sediakan klinik panel. Rugi la tak gunakan. Tapi, 2016 ni saya tak pernah MC lagi. MC masih full, 22 hari. Ermmm...

========
Semalam, ambil EL. Boboi demam teruk semalam. Sebenarnya, kami dah balik dari kampung dari hari ahad lagi. Hari isnin memang ambil cuti untuk berehat dan mengemas rumah. Tapi, hari Isnin tu Alif dah demam. Tapi, masih melasak lagi. Ubat pun dah bagi.

Bermula dari malam itu badannya kejap-kejap panas. Tak tidurlah mata ni semalaman lap badan dia dan sentiasa pantau suhu badan dia. Setiap kali check suhu, check sampai 3 kali. Semua lebih 38 darjah.


Pagi-pagi bersiap ke klinik. Ikutkan hati, bawa ke swasta terus, cepat sikit. Tapi, en.suami ajak ke KK Majidi pula. Sebab dia asal sana, suka ke sana lah dia.

Saya turutkan. Sampai sana, agak ramai orang, cari parking pun melilau. Park jelah kat stesen minyak petron. Maka, jalan kakilah kami anak beranak.

Sampai di kaunter, serahkan buku laporan Alif dan tunggu hingga namanya dipanggil. Dah panggil, tunggu lagi. Duduk. Masa duduk tu tak perasan apa-apa pun. Feel biasa je.




Rupa-rupanya kes bayi macam Alif ni special. Dia letak perkhidmatan EXPRESS. Wah, terbaik klinik ni. Patutlah orang lain ada yang masih menunggu nombor lagi. Adalah dalam tak sampai 1 jam menunggu, Alif dah jumpa doktor. Dalam 10 minit pemeriksaan, ambil ubat pula.

Suhu masih tinggi walaupun dah makan ubat pagi tu. Siap dimandikan lagi sebelum ke klinik.


Ubat yang dibekalkan


Ubat banyak tu kalau di klinik biasa, RM50 perlu disediakan. Di klinik kerajaan, free untuk bayi. Alhamdulillah.

Doktor syorkan cari ubat ni di farmasi. Sebab bayi tak boleh makan ubat selesema. Doktor kata, ada gambar dolphin. Baiklah!

 Jangan lupa minta surat akuan rawatan dari doktor. Kalau tak minta, memang tak dapat. Tapi, ini bukan MC. Ini surat akuan rawatan je. Sekurang-kurangnya, ada bukti kukuh bila apply cuti ( walaupun kompeni saya senang nak minta cuti).


Keluar dari KK Majidi, kami singgah kedai makan dulu. Lapar uii.. Kemudian, terus ke farmasi cari ubat tu.

Inilah dia. Untuk mengeringkan hingus bayi. Sekurang-kurangnya dia rasa selesa dan tidak merengek bila hidung tersumbat.

=========

Nasihat saya kepada semua di luar sana, walau siapa pun kita, walau kita rasa tak suka, ikhlaskan hati kita, fikir yang baik-baik. Kalau masih ada perkara tak baik berlaku pada kita, anggap itu ujian buat kita. Ye, UJIAN.

Ramai yang saya lihat, seringkali menyalahkan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Ye, saya tau tak semua tempat bagus. Tak semua tempat juga teruk!
Perspeksi ramai, menganggap, jika masuk ke klinik/ hospital kerajaan je, mereka rasa cuak, rasa takut. Takut layanan teruk.

Terkejut saya bila ada yang sanggup berhutang semata-mata nak dapatkan layanan yang bagus di swasta. Sentiasa ingat, rezeki masing-masing. Tapi, nasihat saya tidak perlu sampai berhutang. Hutang itu satu BEBAN.

Nasihat saya lagi pada semua, anggap sahaja kalau nurse/ doktor marah, itu tanda mereka sayang kat kita. Mereka care pada kita. Sebab mereka yang menanggung risiko.
Kita pula, jangan cepat melenting bila ditegur. Hingga ada yang cakap, "mak aku pun tak pernah marah aku macam ni". Mungkin suara mereka agak tinggi, tapi anggap sahaja itu teguran yang baik.

SENYUM dan jangan lupa ucapkan terima kasih setiap kali nurse/ doktor/ staff melaksanakan tugas mereka. Jangan berat mulut ucapkan terima kasih. Walaupun kita tahu itu kerja mereka, tapi ucapan TERIMA KASIH itu amat besar nilainya. Boleh memadamkan ketidak senangan.

Lagi satu sebelum saya lupa, sentiasa BERDOA agar dipermudahkan urusan kita. Ingatlah, dipermudahkan urusan juga satu REZEKI.

Tak semua orang dapat rasa. Mungkin kita tak kaya dari segi harta, tapi urusan kita dipermudahkan, itu patut kita syukuri. Contoh, kita ke klinik kerajaan, ikhlaskan hati, ikut sahaja arahan mereka, anggap mereka semua baik, senyum, in sha Allah orang pun akan suka.

Ikhlaskan hati, redhakan hati.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. kami pon x kisah klau ke klinik/hospital gov tp company kami cover utk 1 family so lps masuk kerja abes pantang dl mmg ambik ubat kat panel je la klau ank sakit tp klau kebetulan ms checkup kt KK ank selsema/demam mmg mkn ubat KK je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada setengah kompeni cover 1 family kan..itu satu kelebihan,..rezeki keluarga..memang bagus kompeni macam tu..

      Padam
  2. betul tu mar, kerajaan sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka dari masa ke semasa. dah banyak layanan yg baik dr dulu. baby bwh 1 thn mmg diberi percuma dan diberi nombor lompat. so tak perlu lagi tunggu lama. termasuk warga emas dan preggy mummy pun dpt nomb. lompat juga.

    akak kalau sakit mmg pergi ke kerajaan saja walaupun kami 1 family ada panel hospital swasta cover oleh company suami. tp lebih senang ke kerajaan saja buat masa ni.

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dengan perkongsia ini.. saya share ye..

    BalasPadam
  4. Ain jarang sakit alhamdulillah. Allah jaag kesihatan. tapi kalau sakit mmg terjah klinik kerajaan jugak sebab klinik dkt rumah tu nurse doc semua best hensem pulak. eh ? HAHAHAAHAHkk Ain gurau sis.

    p/s : Datang singgah beraya, kes ni special sikit tuan rumah takyah bancuh air, kita klik nuff tuan blog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaa rezeki dpt cuci mata...!

      Padam
    2. alhamduilillah diberi kesihatan yang baik ain..terima kasih sudi beraya di sini..hehe

      Padam
  5. Saya ke klinik swasta kalau sakit sikit-sikit... bgus klinik tu buat sistem macam tu.. tak semua klinik kerajaan buat perkhidmatan ekspress tu.. sebaiknya kalau semua buat sistem nombor yg sistematik org tak kan komplen sangat... tapi betul la tu.. tak semua yg kerjaan tu teruk perkhidmatannya.. kdg segelintir nurse dan doktor je.. tapi habis semua kena tempiasnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye,,segelintir sahaja..apa-apa pun jangan ambil hati sangat,,.

      Padam
  6. Banyaknya MC sis.. Brapa tahun dh agknya sis kerja gn compny skrg..

    Reen pun pernah kena marah gn docter kerajaan, buat pekak je lah hihihihi

    Selamat Hari Raya..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak kan..dah masuk 7 tahun...takpe kalau tak guna pun..diberi kesihatan yang baik untuk berkhidmat

      Padam
  7. Sejujurnya kakak jarang ke hospital kerajaan bukan sebab layanan tapi sebab kakak jenis yg tak sabar. Biasalah bila ramai org kenalah tunggu giliran itu yg kakak malas Mar. Jadi nak mudah dan cepat memang kakak pergi aje klinik swasta atau hospital swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak, kalau nak cepat ke swasta lebih baik,,tapi anak-anak serasi dengan perubatan kerajaan.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code