Kalau dilihat pada kalender, 1 Syawal jatuh pada hari Rabu. Kompeni saya bagi 3 hari cuti iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat.
Hari selasa diberi perlepasan awal, Half day paid leave. Dan hari jumaat tu compulsory leave. Worker yang berkerja hari sabtu, perlu mula kerja hari Sabtu.
Macam saya, staff office, sabtu dan ahad memang off. Wah...seronok ko!! Cuti panjang la kita.
Cuti yang saya apply dan dah approved. Kami memang perlu hantar leave form 2 atau 3 minggu awal.
Kita bagi chance orang yang kampung jauh bercuti dulu. Mana taknya, 2 orang balik Terengganu, sorang balik Kelantan. Haruslah cuti lama.
So, saya ambil cuti selepas raya. Nak beraya dan makan kuih raya rumah orang puas-puas.
Sekejap lagi nak balik dah. Tunggu siren bunyi. Alahai, tak sabarnya rasa hati.
Kepada semua sahabat alam maya saya,Saya tahu ramai yang sudah bercuti dan sudah pulang ke kampung halaman.Dikesempatan ini, saya doakan agar kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing.Berhati-hati di jalanrya.Pandu cermat, jiwa selamat.Makan kuih raya nanti jangan lupa orang sebelah.Kawal pemakanan, jangan sampai saya dah tak kenal nanti.Selamat Menyambut Hari Raya AidilfitriMaaf zahir dan batin
5 Ulasan
Kakak dah cuti Mar. Minggu depan baru naik. Anak akak yg MRSM selasa baru naik so isnin kena cuti hantar dia balik.
BalasPadamSelamat Hari Raya
Maaf zahir batin dari kakak
Sy keje lg. Klw company x bg blk awal apply half day la jawapnya.
BalasPadamuuuuu seronoknyaa cutii
BalasPadamEid Holidayyyy wow hehe. Happy Eid Mubarak =D
BalasPadamSelamat Hari Raya Mar & family...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.