Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tradisi : Anyam Ketupat

Assalamualaikum


Bila diingat waktu kecil-kecil dulu, setiap kali tiba hari raya, abah gigih memanjat pokok kelapa belakang rumah. Ambil daun kelapa yang muda untuk dibuat ketupat. Tak pernah beli masa tu dan mungkin takde orang yang berjual lagi.

Saya dan kakak lah yang jadi tukang anyam. Mak yang ajar. Mak pula, memang setiap tahun sibuk berganda-ganda menyiapkan tempahan baju raya. Makanya, kamilah harapan beliau.

Ketupat satay

Satu-satunya ketupat yang saya tahu anyam. Sebab tangan ni sudah dididik untuk anyam ketupat jenis ni je. Hingga saya tak tahu pun ada banyakkkk jenis ketupat rupanya.

Masa terus berganti. Bila daun kelapa muda takde di pokok, dah tak perlu runsing. Dah ada orang jual daun kelapa di pasar. Ada yang dah siap anyam lagi. Tapi, kami tetap anyam sendiri. Baru puas hati.

Selesai sesi mengayam, sesi isi beras pula. Isi beras pun ada tekniknya. Bukan boleh isi sesuka hati.

Sebelum beras diisi ke dalam kelongsong ketupat, kami perlu perketatkan lagi anyaman. Sebab bila daun mula kering, ia akan mengecut sedikit. Bila dah ketat, bahagian bawah perlu dilipat dn disisip kemas.

Kemudian, barulah beras boleh diisi. Itupun hanya perlu isi suku sahaja. Sebab nanti beras akan mengembang bila direbus. Bila dah isi, sisip pula bahagian atas (tempat isi beras tadi). Asingkan ke dalam raga lain.

Kebiasaannya, kami merebus ketupat pada malam hari. Rebus ketupat daun kelapa ni agak lama sedikit dari rebus ketupan segera.

Apa yang menyebabkan ketupat ini sangat rare? Sebab cara anyamannya yang pelbagai dan bau daun kelapa tu membangkit selera juga.





Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code