Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan 2 Syawal 1437H

Assalamualaikum


Di pagi 2 Syawal, kami sudah mengemas untuk pulang ke kampung halaman. Ke rumah emak abah di Segamat.

Kenangan 1 Syawal 1437H

Lebih kurang 10.00 pagi, bergerak meninggalkan rumah nenek. Baru 10 meter bergerak, berselisih pula dengan Uchu sekeluarga yang baru sampai. Mereka dari Jasin, Melaka.

Salam menyalam, borak 10 minit gitu, kami pun berangkat. Destinasi ke Kulai, rumah Mak Lang, adik abah. Melawat nenek belah abah pula. Nenek yang ini sudah agak uzur, tidak boleh bangun dah. Hanya terbaring.


Ustazah rock ~ Budak-budak bila dah terjumpa mainan..


Gerak balik dari Kulai ke Segamat, ternampak pula tugu yang dah siap ni.


Di musim perayaan lebih lagi hari raya, sana sini jalan jammed. Perjalanan yang tak sampai 2 jam kebiasaannya sudah cecah berjam-jam.


 Alhamdulillah, selamat sampai..


Sampai sahaja rumah emak, sesi mengemas rumah emak pula. Isi kuih raya ke dalam balang, basuh gelas dan menyediakan juadah makan malam seadanya.

Malam tu, adik beradik sebelah abah datang singgah.

Masing-masing berbual di beranda. Ditemani angin malam.



Nota Kaki : Malam tu ada kejadian eksiden melibatkan Pak Chik saya dengan sebuah motor. Tidak teruk sangat sebab motor tu yang langgar kereta Pak Chik saya tu.



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. best bila ingatkan kenangan raya kan...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, selamat hari raya

    BalasPadam
  3. Betul...jammed sana sini...yang patut 15 minit boleh jadi sejam..oleh kerana suasana raya redah juga dengan gembira..

    BalasPadam
  4. Hari Raya kedua memang sana-sini jem Mar.
    Kakak balik Batu Pahat pun sama jem.
    Jumpa juga replika vase di Air Hitam tu:)

    BalasPadam
  5. meriah bila sedara mara berhimpun semua...

    lama betul tak lalu pekan air hitam... wahhh siap ada pasu besar lg... mentang2lah situ mmg kawasan pasu bunga lawo2

    BalasPadam
  6. Rindu dengan Pekan Ayer Hitam..
    Tapi tak sesuai berkunjung ke sana ketika cuti sebab jam teruk..

    BalasPadam
  7. lama CT tak komen kat sini kan hehe.. alang2 blogwalking peserta GA nak drop komen sket..

    BalasPadam
  8. nak ucap salam aidilfitri valid lagi kan ? eheh raya kan sebulan =D
    selamat hari raayaaa kak..

    BalasPadam
  9. cepat berlalu syawal ni..nak kumpul reramai lah rindu plak

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code