Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Potluck Raya Seksyen CP

Assalamualaikum


20 Syawal 1437H - Bersamaan 25 Julai 2016, pertama kali kami adakan jamuan raya di Seksyen kami. Seksyen kami ni tak besar mana jadi kami memang rapat. Melayu pun berapa orang je, selebihnya pekerja asing.

Bila bersepakat, apa yang kita lakukan pasti ada keberkatan. Seronok dapat makan beramai-ramai.


Menu pilihan saya, rendang daging. Pastu, terrrajin pula masak Nasi Beringin. Tapi, tak berapa kick la sebab last minute main campak-campak.

Rendang daging yang diorang kata sedap. Kih..kih..


Kalau sorang satu dah bawa, memang banyak lah menu. Macam-macam ada.

Rendang daging bersama nasi beringin,
Lemang tak dilupa,
Nasi jagung lawankan ayam masak merah dan acar timun,
Bubur kacang makan dengan roti putih,
Mihun goreng bersama ayam goreng pedas, 
Roti jala berinti kentang, 
Spaghetti bolognese satu-satunya makanan western,
Bahulu kuih tradisi,
Kuih raya warna-warni di dalam bekas,
Pisang sebagai pencuci mulut,
Dan air minuman jangan dilupa.



Nasi jagung dan ayam masak merah kawan saya ni memang sedap. Kalau takde menu lain memang repeat banyak kali.


Inilah office kecil kami yang memuatkan 7 buah meja. Sepakat kami QAQC & production tau. Hehe..



7 tahun lepas, ada dua orang je perempuan. Masa terus berlalu, sekarang dah ada 4 orang dah bunga di sini. Ada geng dah. Baru best kerja.


Maka, dari waktu rehat, 12.00 tengahari, bawa ke petang, makanan sentiasa terhidang hingga habis. Siapa-siapa nak makan, dipersilakan. Alhamdulillah, makanan habis. Lauk habis dulu dari nasi. Apa cite? Heh..

In sha Allah, andai umur panjang, tahun depan kita buat lagi.




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Ramai yg diet tu Mar jadi nasi berbaki tapi lauk habis sebab sedap:)

    BalasPadam
  2. potluck macam ni mmg best..homemade foods, dimasak dgn kasih sayang..

    BalasPadam
  3. kalau boleh hari2 nak potluck..menu tak kisah..bila dapat makan sama-sma tu yang syok

    BalasPadam
  4. syok nyer potluck.
    seronok!

    lama aida x singgah sini, mar. sorry ekk!

    BalasPadam
  5. Wahhh..Best la dept. buat potluck..Opis sy x buat lg..BG BIG BOS bz..huhu

    BalasPadam
  6. bestnya potluck... makan n makan jelah kejenya time potluck nih kan... itu yg bahaya

    BalasPadam
  7. even kecilan tp still meriah tau..yg syoknya sbb dr pg smpi ptg blh makan..xyah dah keluar2 cari makan..heheheeheee

    BalasPadam
  8. bestnya dapat buat pot luck kat ofis cengini
    el kt sini xdptlahh huhu

    BalasPadam
  9. Nampak sedaplah Mar rendang daging tu walaupun campak campak katanya...Teringin pulak nak buat rendang hihi

    BalasPadam
  10. Dah beberapa hari nak merendang tapi asyik tak jadi. Bila baca balik kisah rendang, mulalah teringat balik keinginan nak merendang tu, Mar ^_^

    BalasPadam
  11. Aduh sedapnya. Kita bila nak portluck?

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code