Suka Suki

Objek Tersembunyi

8:00 PG

Assalamualaikum
Objek Tersembunyi | Sememangnya pencinta sabun basuh ini dari dulu. Sebab wangi. Sebab lainnya, sebab ada barang tersembunyi dalamnya.


|

|


|



|




|




Tada..



Makanan

Magnum Red Velvet

2:00 PTG

Assalamualaikum


Magnum Red Velvet | Bila terlihat rakan blogger upload gambar di facebook masing-masing akan pelbagai perisa aiskrim magnum, mulalah tekak ni nak mencuba juga. Sebelum ni pernah makan coklet espresso. Tak boleh masuk, pahit! Sememangnya saya bukan hantu coklet. En.suami yang tolong habiskan. Dia ok je.

Kemudian, saya beli pula Magnum red velvet. Warna putih suci diluar adalah coklet putih manakala bahgian dalam berwarna merah jambu lembut itu adalah aiskrimnya.

Makan sorak-sorok di dapur, takut anak-anak datang mengendeng. Hahaha.. kedekut mak ko ni. Anak-anak memang saya dah belikan aiskrim lain. Kalau diorang ni bagi 10 batang pun tak cukup. Huhu..


Gigitan pertama, makoihh nikmatnya... Sedap!!! Gigitan kedua, ketiga sudah mula rasa manis amat. Uit..nak habiskan sebatang ni pun rasanya manis tahap potong kaki ni. Sudah nama aiskrim kan. Tapi pada saya, saya suka rasanya cuma manis sikit la.


Red Velvet
Inspired by red velvet cake
#neverstopplaying


Mr.DIY

Micro USB Cable

8:00 PG

Assalamualaikum


Micro USB Cable | Punyalah setia kennn. Getah mula merekah, saya solatape saja. Guna selagi boleh katanya. Sudah masuk 2 bulan juga keadaan nazak dia tu.

Sabtu lalu, berbelanja di Tesco, singgah sekali di Mr. DIY. Kalau masuk situ macam-macam nak beli. Saya beli kabel murah ni khas untuk jenama Samsung katanya. RM4.50 je, untuk 1.5 meter. Oleh kerana lokasi barang diletakkan di belakang kaunter cashier, saya tak dapat memilih ikut suka hati. Budak cashier tu bagi warna biru, bayar jelah.


Ok, yang lama buang, guna yang baru. Kan cantik tu. 





Makan Gaji

Sekilo Setiap Hari

8:00 PG

Assalamualaikum


Sekilo Setiap Hari | Meninjak usia 33 ni, lemak-lemak dah mula tepu. Sudah dah nak susut berat ni. Senang je nak timbang berat badan ni. Naik je penimbang kat production. Accurate because calibrate every year.

 ~ Sebelum ~

~ Selepas ~

Apa yang sebelum dan selepas ye?

?

?

?

?


Ni ha, safety shoes je buat berat,. Hehehe..

Sebelum dan selepas buka safety shoes.



Nota Hati : Nak fit please...



Drama

Penangan Legend of the Blue Sea

8:00 PG

Assalamualaikum

Penangan Legend of the Blue Sea | Orang lain dah lama habis. Aku baru layan dalam 2 minggu lepas. Sanggup bersengkang mata kat rumah layan kat you tube. Ah lantak la kalau data habis. Yang penting kepuasan nak tonton. 


Ini pula kisah minggu lalu. Bekal beli jam 10 pagi dengan wak van biru. Waktu rehat, sanggup makan depan PC sebab nak habiskan drama ni. Ni dah last episod. Excited nak tahu apa penyudah cerita.


Kesian dengan si duyung hari-hari menangis agaknya merindui si cinta hati. Confirm banyak gile mutiara kat dasar laut ni. Bayangkan kalau hari-hari duyung ni nangis selama 3 tahun. Bayangkan!

Macam duyung betul kan? Teruja juga melihatnya. Tu terus print screen simpan dalam blog buat kenangan. 

Untuk sinopsis, boleh klik SINI


Macam biasa, kisah adaptasi dongeng kanak-kanak ni berakhir dengan kisah yang gembira. Happy ending katanya. Memang pun.



Nota Hati : Hati saya tetap suka Scarlet Heart..



Info

Jerat Sepahtu Sinar

2:00 PTG

Assalamualaikum


Jerat Sepahtu Sinar | Pendengar radio retro Sinar.FM mesti sudah sedia maklum akan segmen jerat menjerat ni kan? Saya merupakan pendengar setia Sinar.FM. Di pagi hari mesti akan dengar 3 jejaka dengan saiz berbeza tu berceloteh. Memang tak kering gusi.

Bagi segmen Jerat Sepah tu Sinar, kalau berjaya, dapatlah RM100. Oleh kerana dah makan bulan je pemanggil gagal, wang terkumpul sudah cecah RM9000! Banyak tu uiiii. Saya percaya, sesiapa yang tengah mengumpul duit hantaran perkahwinan gigi mendail.


Saya adalah salah seorang yang gigih mendail meskipun tak pernah lepas. Hari-hari tau dail! Untung sabut timbul, untung manusia siapa tahu.

Mana tahu ada rezeki kan..



Affiliate

Tertengok dan terbeli

9:00 PG

Assalamualaikum


Tertengok dan terbeli | Saja nak tambah-tambah mekap yang ada. Orang kat nak lepas gian. Padahal ntah bila masa nak menconteng muka ni ntah. Lama tak main conteng-conteng muka ni. Asyik lak dok gelek karipap. Hihi..

Kebetulan ada offer sebelum ni sempena valentine day. Memang tak lepaskan peluang ni. Nampak macam best je kan. Harga pun buat tangan ni gatal nak membeli. Teruslah beli.

Inilah yang saya sambar. 2 hari selepas tu, dapat lah barang. Memang cepat dan pantas! Yang itu memang terbaik.




Pada saya, boleh la untuk ada-ada. Berus tu ok, best. Part make-up cream ni, belum cuba lagi. Kalau tengok dari mata kasar, macam tak berapa best je. Unexpected dari gambar. Tapi, boleh la..

Jom, shopping di Lazada.



Makanan

Sotong Bakar Madu

9:00 PG

Assalamualaikum


Sotong Bakar Madu | Puas hati dapat beli 1 pek besar terus. Mula-mula singgah di situ cumanak beli keropok kering ikan tamban. Boleh goreng, buat kudapan budak-budak depan tv. Tapi, mata dah ternampak sotong-sotong ni kan.

Banyak lagi pilihan dengan harga yang boleh terbeliak mata. Ambil jelah yang ni. 40 keping percuma 2. Ok, makan sampai lebam.



Inilah saiz sekarang, kecil jek. Kalau dulu zaman sekolah kan, besar, muat-muat plastik tu ha. Tapi, zaman sudah berubah, dah semakin berusia, zaman barang mahal, mendapatlah saiz segitu je.

Korang suka ke makan?


Suka Suki

Kenapa Ada Bermacam Jenis Sos Di Dapur?

9:00 PG

Assalamualaikum


Pentingkah sos-sos ni pada korang? Bagi saya, ia memang penting. Sebab ada masakan tertentu saya suka letak sos. Cepat dan sedap.

Sos untuk masakan lain. Sos untuk cicah-cicah lain. Biasanya untuk masakan, saya beli jenama tesco je. Tak pun, bumi hijau. Dah takde pilihan baru pilih jalen sebab jalen mahal sikit. Untuk cicah-cicah nugget biasa beli jenama Kimball atau Life je. Sos lain tak mau.


Biasa sos ni saya letak sebagai bahan menyedap rasa. Untuk goreng mi khususnya. Black pepper sauce pula biasa saya suka letak 2, 3 sudu dalam ayam masak kicap saya. Tumis lada kisar, bawang merah, bawang putih, halia ketuk sampai pecah minyak, reneh lama sikit. Lepas tu bubuh kicap cap kipas udang. Takyah dah letak kicap pekat, letak sos black pepper je dah umpp..

Nak cerita pasal kicap pekat tamin tu. Hari tu saya nak masak, buka penutupnya macam biasa. Sekali dia membuak-buak keluar macam lava gunung berapi. Berbuih. Non-stop. Terus takut nak pakai walaupun expired date lama lagi, disember 2017. Kenapa ye?

Sos plum tu pula saja beli sebab terpengaruh dengan hainomOkje. Dia ada kongsi resepi ikan stim sos plum. Nak bagitau ni, dalam peti ais ada sekor lagi ikan siakap. Kot la kan terrrajin nak masak ikan siakap stim sos plum.


Ini pula sos wajib ada dalam rumah. Kalau masak sambal ke sambal tumis ke memang akan letak sikit. Memang sedap hasil masakan.

Korang pula macamana? Suka ke bubuh sos-sos dalam masakan korang?



Makan Gaji

Tips Telur Rebus Cantik Mulus

9:00 PG

Assalamualaikum


Kadang kala kita tak perasan akan hal yang kita lakukan meskipun ianya kecil tapi ia boleh buat kita gembira. Macam saya, sangat suka kupas telur rebus. Bukan telur yang orang lain rebus, tapi telur yang saya rebus sendiri.

Tip untuk mendapatkan telur rebus dikupas cantik:

Rebus telur selama 10 minit. Kemudian, terus angkat dari dapur dan buang air panas tersebut. Rendamkan terus dengan air paip. Bilas beberapa kali untuk hilangkan air panas dari telur. Lepas tu.....kopek lah dengan senang hati.


Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat. 

Teringin nak dapat kulit gebu cantik mulus bak telur dikupas. Haihhh,,jauhnya berangan. Sedar-sedar tertuang pula air dalam mangkuk santan pekat melekat keluar dari kotak. Haihhhh...dah kenapa tuang air dalam santan pekat tu? Blurr kejap..

Sebenarnya, telur rebus tu untuk nasi lemak saya. Saja masak suka-suka sedekah kat kawan-kawan pada Jumaat lepas, 4 November 2016. Tak banyak pun buat, adalah 12 bungkus. Baki, bekalkan budak-budak dan tinggalkan untuk tuan rumah sikit dalam pengukus. Balik kerja nanti tinggal panaskan pengukus je.

Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..


Harap-harap kenalah dengan tekak diorang. 


Suka Suki

Kurus Dengan Per'l Xlim

12:45 PTG

Assalamualaikum


Nak kurus, nak kurus, nak kurus! Nak kempiskan perut! Itulah bisikan hati aku saban hari bila melihat imbasan diri sendiri di dalam cermin solek.

Tapi, selera makan tu tak hengat, semua benda nak telan. Dulu, aku ambil ESP Shaklee setiap hari. Sedap, memang kenyang je rasa pagi-pagi. So, breakfast memang tak makan berat. Lunch nasi separuh.

Aku ni jenis cepat bosan. Nak tukar-tukar selera kan. Lagi-lagi kalau ambil supplemen tak digalakkan minum minuman berkafein. Rugilah kan ambil supplemen mahal-mahal tapi kurang serapan sebab minum kafein.

Sejak anak dua ni rajin benar bancuh nescafe. Tu yang stop ambil supplemen dulu. Kadang-kadang minum mineral cafe. Kadang-kadang minum Old Town Hazelnut. Kadang-kadang minum Milo. Kadang-kadang minum Horlicks. Kadang-kadang minum Tamar Coco. Tengok tu, punyalah pelbagai citarasa tekak aku ni.

Hari tu beli barang sikit kat Mydin, nampak pula Per'l Xlim keluaran Power Root. Ada dua perisa, coffee dan coklet. Kalau ambil dua pek, dapat 1 pek percuma. Tapi, aku amik 1 pek je, perisa coklet. 1 pek ada 15 sachets. Ala, sikit nauu..


Aku suka hot chocolate. Sedap minum panas-panas. Padahal tak suka makan coklet. So, tiap kali bancuh, memang aku buat panas-panas. Minum panas-panas. Uihh..nikmatnya.

Tengoklah nanti, aku boleh kurus ke tak lepas minum Per'l Xlim ni.





Aisyah Humaira

Makan Bersama

9:00 PG


Setiap hari jumaat, setengah pekerja wanita di kilang saya dapat rehat lama. Under manufacturing section. Termasuklah saya. Rehat 1 jam setengah je. Kadang-kadang malas keluar, stay di pejabat.

Kadang-kadang rindu kat anak dara sorang ni, laju je saya redah ke rumah pengasuh dan ambil dia bawa jalan-jalan sekejap. Keluar awal sikitlah. Biasalah kerja under O&G company agak bebas dan flexible. Yang penting, kerja siap. Dapat HOD pun 2x5, anak buah ye jadi 10x. Hahaha..

Ini kisah 2 minggu lalu. Kami berdua makan di KFC Seri Alam. Sebab ada taman permainan di situ. Niat di hati mahu menghappykan dia. Lagi pula, tempat kerja saya, rumah kami, rumah pengasuh hanya sekitar situ.


Suka dia dapat makan aiskrim


Ibu dan Kakak



Lepas isi perut, lajulah dia nak main. Dapatlah main dalam 30 minit. Dia gembira, saya pun gembira.




Bermula 1 April 2016 (hari ini), rehat 1jam setengah dimansuhkan. Rehat tengahari hanya 1 jam sahaja. Memo sudah keluar saat entri ini didraft (minggu lepas).

Buat staff office sahaja. Tapi, Sabtu Ahad kira offday! Seronok 2x ganda. Sebelum ni, hari sabtu, alternate off.




Nota Kaki : Malaysia masih aman ^__^