Agak terlewat untuk bercerita tentang ini. Alkisah Aisyah yang teruja apabila ibu sudah siap bertudung. Tidak betah duduk diam lagi. Mengeliatkan badan minta didukung sambil mata merenung ke arah pintu sliding yang terbuka luas.
"Tunggu ayah la sayang. Kejap lagi ayah sampai.."
Ayah pulang dari kerja, bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Mendirikan solat dan tidak sampai 30 minit menanti, ayah sudah muncul dengan stokin kaki.
Ibu mendukung Aisyah yang sudah tidak keruan untuk menghidupkan enjin kereta. Meletakkan Aisyah di kerusinya.
Ke Kg. Simon, Pengerang.
Untuk apa ke sana?
Jeng..jeng..jeng..
Cik Aisyah bersama Ayah
Ibu pun nak jugak..ceh..
Sampai sahaja, kami terus meluru ke meja makan tetamu. Lapor tahap gaban nih.. Biasa la lauk pengantin nih..tapi ibu suka!
Air yang bermacam warna & perisa..pilih aje la..*tak snap pulak
Kek 2 tingkat, Secret Recipe mariiii..
Alololo..sweetnyer..nyampah..:p
Si cantek manis & Si encem
Pelamin yang simple but nice..trend terkini ada bunga bungi besar tapak kaki gajah atas nun
Mesti mau!!ahakss
Kami dah pulang!!! Terima kasih daun keladi untuk goodies..
Nota Kaki : Semoga berbahagia kawan!!
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.