Sudah lama ibu ingin mengabadikan cerita ini namun kesibukan bekerja seharian memaksa ibu untuk menangguhkannya.
Pejam celik, pejam celik, sudah 6 bulan Aisyah lahir ke dunia ini. Masih terngiang-ngiang suara tangisanmu saat dalam pantang. Bagaimana ibu terpaksa mendodoimu saban hari kerna Aisyah akan celik tatkala jam 2 pagi. Bersilih ganti mendodoimu dengan Nenek Mas sehingga dikau tertidur. Bersilih ganti juga ibu & Nenek Mas melelapkan mata. Aisyah hanya akan tidur semula tatkala ayam berkokok!
Hari ini, Aisyah semakin bijak. Sudah mengenal orang di sekelilingnya. Sudah kenal ibu, ayah & keluarga pengasuh.
Gemar mengangkat tangan minta dirinya diangkat pabila ibu atau ayah lalu lalang depannya. Kadang kala ibu membiarkan Aisyah bermain sendirian kerana ibu perlu membereskan tugasan sebagai seorang suri.
Aisyah yang minta diangkat. Lampin pakai buang yang baru ditukar setelah Aisyah berjaya mengaduh 'kek'..
Sengaja ibu pakaikan kasut kerana tidak mahu Aisyah menggigit jari kakinya.
3.11.12- Sabtu malam, Aisyah dibawa ke klinik untuk mendapatkan suntikan Hepatitis B di kala usia 6 bulan.
Malam itu, hujan renyai-renyai. Oleh kerana klinik hanya berdekatan dengan rumah, Aisyah mendapat giliran no.2. Mana tidaknya, kami sudah terpacak di hadapan pintu klinik sebelum jam 8 malam.
Hepatitis B adalah sejenis Virus yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
Berat Aisyah cuma 6kg dan berketinggian 6.34cm. Kecil sahaja. 6kg ketika usia 6 bulan sememangnya kecil, bukan? Namun begitu, Puan Doktor mengatakan BMI Aisyah tiada masalah. Alhamdulillah.
Seluar Aisyah diturunkan oleh Puan Doktor. Tanpa semena-mena, tangan comel Aisyah menarik pelekat lampin pakai buang yang dipakainya.
"Eh..pandai bukak sendiri ye..pandainye dia...memang pandai bukak ye?" Puan Doktor seolah terperanjat melihat gelagat Aisyah.
Peha Aisyah dipegang oleh pembantunya. Seakan mengetahui dirinya akan disuntik, Aisyah berpaling tidak mahu melihat Puan doktor.
Meraunglah Aisyah setelah disuntik. Alololo...cian dia.
Raungan terhenti. Aisyah sudah bersahaja seakan tidak sakit lagi. Puan Doktor sempat berpesan agar membawa Aisyah untuk pemeriksaan berikutnya tatkala usia 9 bulan nanti.
Terpaksa meletak beliau di dalam baby walker sebab asyik nak berdiri je..tak padan dengan kecik
Telefon plastik yang dihentak-hentak sesuka hati
Merenung ibu..tidak sabar mahu menjamah makanan pertamanya
Bubur kosong..kelakar betul ibu ni..
Makan dengan penuh selera..
Tangan comel Aisyah seakan mahu menyuap sendiri. Mulut pula terkumat kamit seakan mengunyah makanan. Tengok ayah & ibu buat macam tu kot.
Pandai mencari air masak apabila sudah kenyang. Menepuk-nepuk meja dengan penuh riang ria saat ibu mengangkat botol air masak.
Hadiah untuk Aisyah setelah genap 6 bulan
Nota kaki : Membesar dengan sihat!
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.