Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cirit Birit di Kalangan Bayi

Potttt..

Wah bom dari Aisyah sudah berbunyi seawal pagi. Selamba pula wajahnya seakan tiada apa yang berlaku. Khayal bermain dengan bantal peluk ada gambar minnie mouse. Tiba-tiba Aisyah diam. Ibu yang sedang galak memakai tudung bawal berfesyen ala-ala Najwa Latif menoleh ke arah Aisyah.

Crettt....crettt..

Aisyah berak lagi!! Dua kali dalam tempoh 1 jam. Baru tadi ibu membersihkan Aisyah. Aisyah tersengih-sengih dan bermain semula.

Selesai memakai tudung, ibu segera mendapatkan Aisyah untuk dibersihkan. Aisyah semakin riang. Tersengih-sengih kemudian tergelak besar. Gembira sungguh apabila ibu mengangkatnya ke bilik mandi. Nak main air le tuewww..

Ibu nekad membawa Aisyah ke klinik hari ini. Pesakit yang menunggu tidak ramai. Syukur alhamdulillah.

Tiba giliran Aisyah, Puan Doktor memberi salam. Ibu jawab salam tersebut. Ibu menceritakan permasalahan yang Aisyah hadapi. Aisyah ligat bermain, apatah lagi terlihat permainan yang sengaja Puan Doktor letakkan di atas mejanya. Tidak duduk diam tangannya mahu mencapai permainan itu.

Aisyah mula berak-berak pada hari jumaat (9.11.2012). Aisyah membuang setiap kali selepas minum susu. Ibu risau berat badan Aisyah akan turun.

13.11.2012 (Cuti Umum), Aisyah tidak mahu menjamah langsung bubur yang ibu masak. Hanya mahu minum susu. Tiada pilihan lain selain susu formula yang ada (Dumex Mamex Gold).


Puan Doktor : Baby minum susu apa ye?

     Ibu : Mamex Gold.

     Puan Doktor : Wah..susu mahal tu. Cucu saya pun minum susu tu. Susu badan takde?

     Ibu : Sejak 4 bulan dah takde langsung.

    Puan Doktor : Dah lama baby minum susu ni?

    Ibu : Dari dia 2 bulan lebih. Sebelum ni baby sembelit, bila minum susu ni ok. Terus jela minum susu ni. Sampai la sekarang ni tiba-tiba cirit-birit pula.


Sambil memicit lembut perut Aisyah, Puan Doktor bertanya serba sedikit tentang Aisyah.


Puan Doktor : Macam ni lah. Adik stop susu yang sekarang ni. Adik kena bagi baby susu yang tanpa laktosa.

Ibu : Susu tanpa laktosa tu..contohnya susu apa?

Puan Doktor : Ok. Saya akan bagi sample susu tanpa laktosa. Susu Similac LF.



Ibu : Semalam kan cuti. Satu hari baby taknak makan bubur yang saya masak. Kenapa ye?

Puan Doktor : Sebab perut dia tak sedap, tu yang dia tak nak makan. Selera kurang. Baby nangis? Bontot dia merah?

Ibu : Dia tak nangis. Tapi bila lambat bersihkan, dia nangis. Bontot dia merah.

Puan Doktor : Saya akan bagi sample susu Similac. Saya akan keluarkan surat sekali untuk adik. Kalau baby minum susu tu keadaan dia makin teruk dari sekarang, adik stop minum susu tu terus. Terus bawak gi hospital.

Ibu mengangguk lemah. Kerisauan mula bersarang. Hati pula tidak putus-putus memanjatkan doa agar puteri ibu tidak apa-apa.


Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Jika bayi kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi akan sembuh dalam sedikit masa.





Nota kaki : Semoga Aisyah cepat sembut sayang..















Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. baby awfiyah dah guna susu nie sekarang..masalah sembelit da settle

    BalasPadam
  2. susu ni mmg bagus utk baby yg
    menghidapi cirit birit

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code