Tergesa-gesa meninggalkan meja kerja setelah mendapat panggilan dari pengasuh Aisyah. Aisyah berak-berak!
Apa pula kali ni anakkku?
Pagi tadi sebelum menghantar Aisyah ke rumah pengasuh, Aisyah sudah 2 kali membuang. Bermakna, jumlah pembuangan Aisyah baru setengah hari sudah 5 kali. Arghh..tidak boleh jadi, harus ke klinik.
Salah ibu kerana menukar susu Aisyah dari step 1 ke step 2 berikutan Aisyah sudah pun 6 bulan. Tetapi, belum tiba masanya lagi rupanya.
Terpaksalah ibu mendengar bebelan ayah.
Step 2 untuk 6 - 24 bulan
Demi kesejahteraan puteri tersayang, ibu membeli susu Mamex Gold Step 1. Menukar semula susu formula step 1 kerana tidak mahu anak ibu cirit-birit lagi.
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.