Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira 7 Bulan

Aisyah kian membesar..membesar dan membesar..

Usianya menginjak ke 7 bulan untuk beberapa hari saja lagi. Baru-baru ini, Aisyah diserang selsema dan batuk. Ibu tenang-tenang saja meskipun di dalam hati tidak keruan. Tidur malamnya cukup terganggu.

Aisyah tetap aktif bermain. Melonjak-lonjak, tidak betah duduk diam. Ada saja yang mahu dicapainya. Apa saja yang ibu pegang, turut dimahukan oleh Aisyah. Hatta, ibu menyuap makanan sekalipun, tangan comel Aisyah pantas menggapai.

Tidak pernah ibu lupa wajah comelmu ketika hari pertama dikau dilahirkan. Berbeza sungguh dengan sekarang. Aisyah sudah besar!


Hari pertama Aisyah menjenguk alam dunia


Selepas habis pantang 44 hari. Tika ini, ibu & Aisyah sudah pulang ke rumah kita.


Ketika 6 bulan


Selesema dan batuk yang hadir tanpa diundang seakan liat untuk meninggalkan Aisyah. Entah bila penyakit itu akan kebah. Terkokol-kokol Aisyah ketika tidur.

Ibu terbaca artikel bagaimana cara untuk meredakan selesema dan batuk bagi bayi.

1. Ambil 3/7 biji kismis hitam dan tumbuk sehingga lumat di dalam lesung batu seramik.

2.kemudian campurkan 5/10 ml air zam-zam ke dalam lesung.

3.Gunakan sudu kecil dan kacau sehingga sebati.

4.Kemudian tapiskan dan dapatkan jus kismis yang dihasilkan.

5. Sedut jus kismis tersebut menggunakan syringe(picagari).

Berikan jus ini di waktu pagi, tengah hari dan malam.Sebelum itu baca surah al fatihah dan selawat syifa.
Gunakan air zam-zam kerana:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 
  "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."
 (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Aisyah semakin gemar berjalan-jalan. Riang sekali apabila ibu dan ayah mendukungnya. Sesekali, ibu dan ayah membawanya ke pasaraya. Tersenyum lebar melihat sekeliling yang luas. Teruja untuk mencapai segala benda di depan matanya.
Seronok betul bila di tolak begini..


Ayah..Aisyah dah haus nih..


Ibu belikan selimut untuk Aisyah..yela Aisyah dah besar..


Nota kaki : Yakin di dalam hati..Yakin pada DIA..Subhanallah..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code