Rumah yang ayah beli pada Februari 2010 akhirnya siap sepenuhnya. Masih segar dalam ingatan ketika itu ibu dan ayah belum ada ikatan apa-apa lagi. Belum berkahwin, malah belum bertunang. Baru dalam perancangan untuk bertunang. Rumah yang berjaya kami miliki tanpa diduga. Sudah tertulis bahawa itu rezeki kami. Syukur alhamdulillah.
Di awal tahun 2012, ayah menerima surat untuk mengambil kunci. Diikuti dengan bayaran untuk pemasangan meter elektrik.
Semua ayah lakukan dengan perlahan-lahan. Berdikit-dikit demi rumah dan anak yang bakal lahir pada bulan Mei kelak. Setiap bulan pasti sahaja bajet untuk rumah perlu diketepikan.
Melangkah ke rumah baru bukan sedikit modalnya. Beribu-ribu diperuntukkan. Itu pun bukan untuk pengubahsuaian penuh. Hanya yang termampu ibu dan ayah lakukan.
Yang penting, keselesaan anak yang bakal lahir nanti.
Ruang tengah hingga ke dapur. Sudah ber'tile'
Ruang hadapan, ruang meletak kereta, siap bertembok dan berpagar.
Ayah yang bersiap-siap ke tempat kerja. OT separuh hari (sabtu). Petang nanti ajak ibu bersihkan rumah.
Ayah sedang memasang lampu di ruang tamu & ruang tengah.
Ini saja lah yang termampu buat masa ini.
Grill rumah yang siap dipasang.
Selepas grill dipasang, barulah ayah memasang kipas. Nanti dicuri pula andai kipas dipasang sebelum grill dipasang.*tul ke ayat nih??..
Nota Kaki : Mensyukuri nikmat dariNYA..
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.