Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira - Mood Main

Pejam celik pejam celik, Aisyah sudah menginjak ke 7 bulan. Terasa cepat benar masa berlalu. Hanya kata syukur yang mampu ibu lafazkan. Aisyah membesar di depan mata ibu. Alhamdulillah..

Usia sebegini, Aisyah semakin ligat. Sentiasa mahu bergolek-golek dan penjaga tidak boleh culas. Tatakala dibaringkan di atas tilam, pantas saja Aisyah bergolek ke kiri ke kanan. Dan bantal dibina sebagai kubu untuk mengelakkan Aisyah tergolek ke lantai.

Cukuplah sekadar membayangkan andai Aisyah bergolek-golek tanpa kubu pertahanan. Bedebuk ke lantai. Pasti tubuh comel itu akan sakit dan kemudian dia akan menangis menagih simpati. Hehehe..

Satu hal lain pula, rumah yang kami diami banyak nyamuk dan agas. Puas sudah membersihkan dalam rumah. Termasuk bilik mandi yang ibu curahkan clorox hampir saban hari. Darah muda itu juga yang dituju hingga bengkak-bengkak dan berbekas hitam. Sesekali Aisyah akan merengek manja sambil menggaru bekas gigitan nyamuk yang mulai kelihatan bintat.

Usaha terakhir dan insyaAllah selamat dengan membeli kelambu. Pilihan ibu pasti sahaja benda yang mudah dan cepat. Kelambu moden ini mudah dipasang, mudah dilipat, boleh disimpan & dibawa ke mana-mana.

Pertama kali membawa masuk Aisyah ke dalam kelambu, si kecil tercangak-cangak kehairanan. Memerhati sekeliling, memandang atas kerana baginya sesuatu yang berbeza dari sebelum ini.

Kelambu Moden
- beli secara online di mudah dengan harga RM40 + kos penghantaran = RM6. Jumlah keseluruhan = RM46.
- tertarik untuk membeli kerana menjadi satu keperluan, nampak cantik, mudah dipasang, mudah dilipat dan boleh dibawa balik kampung.
- lebih selamat meninggalkan si comel di dalamnya.

Kelambu moden ala-ala khemah

Celik mata sahaja terus mahu bergolek.


Aisyah semakin gemar bermain. Semakin cekap menolak keluar bola yang berada di dalam lubang. Bijak juga mencapai bola yang tergolek keluar dari lubang dan berusaha meletakkan kembali ke dalam lubang. Wah...semakin ligat anak ibu ni.

Asyik menukul (penukul berwarna merah)

Sedang asyik juga

Oppss..tiba-tiba memanding kamera...alahai..cumel bangat..



Nota kaki : Sehalai kain putih, amanah dariMu yang bakal kucorakkan..


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code