Terlampias segala lelah saat melihat kecomelanmu.
Aisyah yang berambut sedikit setelah kepalanya dicukur saat berusia 6 bulan (belum lebat lagi rambut tu).
Ibu sarungkan sehelai tudung berwarna hitam ke kepala bulatmu. Sesuatu yang amat sukar diterimamu pabila ada sesuatu di atas kepala. Sepantas kilat tangan comelmu menarik tudung itu namun pantas juga tangan ibu menghalang. Lensa kamera dari telefon bimbit ibu halakan dan dikau terpegun seketika sebelum kaki kecilmu laju-laju menghampiri ibu, mahu mengambil telefon bimbit tersebut.
Lihat saja kaletah Aisyah di dalam walker. Pintu almari kecil yang ingin dibukanya setelah melihat ibu membukanya sesaat tadi.
Berusaha dan terus berusaha untuk membukanya. Berbalik semula ke almari bila ibu tarik walker dan cuba menjauhkan Aisyah dari situ.
Menjangkau usia menghampiri 8 bulan, Aisyah semakin cerdik. Sudah pandai melambai tangan. Tangan comel itu melambai-lambai seiring laju kakinya melangkah di dalam walker, mencari destinasi yang dikira baru dan menarik.
Cukup baharu di dalam walker, ibu sudah tidak terkejar dengan kelajuan Aisyah yang kian meningkat. Pantang alpa, Aisyah sudah ke mana-mana malahan sudah pandai mengemas.
Semalam, pengasuh bercerita dengan ibu. Aisyah begitu girang sambil tangan comelnya melambai-lambai semua orang yang dilihatnya. Wah...rasa mahu mencium-cium pipimu!!!
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.