Apa motif aku memikirkan menda yang cukup mengarut nih?
Walaupun aku seorang wanita & mempunyai seorang anak dara yang comel, tapi aku tetap suka Doraemon.
Doraemon sangat comel sebab dia bulat-bulat,gemuk dan pendek. Lagi best, sebab dia ni kucing. Dari aku bela kucing parsi ke kucing siam ke..baik aku bela menatang yang bernama Doreamon nih. Dah la robot, pandai cakap lak tu. Tapi tak berapa best la sebab Doraemon ni kaler biru. Kan bagus kalau dia kaler pink.
Doraemon ni suka sangat makan kuih dorayaki. Kalau aku bela dia, terfikir gak mana pulak aku nak cari kuih yang bernama dorayaki tu. Pau kacang berlambak la, sama juga inti kacang merah. Murah pun iye, singgit dapat 3 biji.
Kenapa Doraemon ni best?
Sebab dia gemuk!
Sebab dia comel!
Sebab dia pendek!
Aku sebenarnya suka pada poket dia ke pada dia nih? Uhukss..
Apa ada dalam poket Doreamon yang cenonet tu?
Ehem..ehem..ni yang best nak bercerita ni. Macam-macam barang pelik dalam poket dia tu. Mesti teruja giler nak belek satu-satu. Kalau cerita, seminggu pun tak habis.
Benda paling aku suka dan paling aku idam-idamkan adalah...
Best woo..
Tak perlu drive pergi balik kerja. Yang paling best, mesti aku tercalon sebagai pekerja paling rajin sebab sentiasa menepati masa. Siap bersolek, siap pakai tudung, bukak pintu je sampai lah ke guard depan kilang.."welcome" (bunyi scan card untuk masuk)..hehehe..pastu tutup pintu semua..pastu buka semula, sampai la pejabat aku pulak.
Hish, mana pergi kempen 10,000 langkah sehari aku? Boleh gemuk kalau tak bersenam ni. Aku tak mahu jadi orang yang malas.
Tapi, tetap best sebab boleh jimat minyak kereta & penyelenggaraan kereta juga.
Bila rasa rindu pada emak, buka pintu tu sampai lah rumah mak. Boleh jumpa hari-hari. Boleh makan masakan emak hari-hari.
Tapi, tetap tak best sebab bila selalu jumpa emak, nanti emak dah tak rindu kat aku..
Cukup la satu benda tu yang aku mahu. Barang-barang doraemon yang lain tu boleh la korang pilih mana satu yang korang mahu. Aku tak mahu jadi orang yang tamak. Merbahaya!
Sebenarnya, sejak Aisyah dari perut aku, aku mahu memilik cadar dan selimut Doraemon. Khas untuk si comel ku itu. Tapi survey punya survey punya survey..emm..mahal juga. Kena ketepikan dulu keinginan tu, perlu utamakan yang utama dahulu.
Cuba bayangkan cadar tu berwarna pink. Mesti cute kan. Mesti anak dara aku yang comel tu suka doraemon juga. Ala..benda comel mestilah suka.
Nota Kaki : Doraemon itu tak wujud!!
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.