Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati Seorang Ibu - 2


Tersentuh perasaan ini saat melihat wajah si comel Amanda yang usianya sebaya dengan Aisyah. Cuma, Aisyah tua beberapa minggu sahaja darinya. Ibu masih ingat, Aisyah keluar ke alam dunia awal 3 minggu dari tarikh jangkaan. Manakala Amanda pula terlebih tarikh jangkaan hingga menjangkau lebih 2 minggu walhal tarikh jangkaan kelahiran Aisyah dan Amanda lebih kurang sama sahaja.

Bukan kisah kelahiran yang ibu mahu kongsikan. Tetapi kisah si comel Amanda yang agak menyentuh perasaan ibu malah semua yang bergelar ibu di muka bumi ini.

Minggu lepas, kita pulang ke kampung. Ibu diberitahu oleh Nenek Mas, bahawa Nenek Ros (jiran sebelah rumah Nenek Mas) memelihara seorang bayi perempuan. Bayi siapakah itu?

Nenek Ros seorang yang amat sukakan bayi. Sebelum ini, dia memelihara dua orang cucu (lelaki dan perempuan) berikutan anak dan menantunya yang bertugas agak berjauhan. Cukup lama dia memelihara cucunya itu. Dari usia 1 hari sehingga boleh berlari. Betapa hatinya rawan saat berpisah dengan cucu-cucunya itu. Yalah, siang malam bersamanya selama bertahun-tahun, sekelip mata berpisah pula. Aduhai..sedih sekali..

Eh..bukan kisah Nenek Ros dan cucu-cucunya yang mahu ibu ceritakan.. tapi kisah Amanda.

Amanda seusia dengan Aisyah. Sama-sama puteri. Badannya juga lebih kurang Aisyah. Saat kelahiran, Aisyah cuma seberat 2.7kg manakala Amanda lebih dari 3kg, mungkin dalam 3.4kg gitu.

3.4kg adalah berat Aisyah ketika dia berusia sebulan.

Ketika usia sama-sama mengjangkau 6 bulan, berat badan mereka sama sahaja. Dapat dilihat dari mata kasar.

Ketika berjumpa dengan Amanda, Ibu bawa Aisyah bersama. Aisyah hanya diam memerhati kawannya itu. Melihat sahaja tanpa sebarang reaksi. Mungkin dia melihat seakan bayangannya tetapi berlainan wajah...*pandainya ibu nih..


Kisah Amanda:

Ibunya sedang belajar lagi di JB. Seorang Ibu yang sedang dalam pengajian, agak sukar untuk memjaga seorang bayi juga. Tugas harian sebagai seorang pelajar yang digalasnya, disamping tugasaan-tugasan lain juga. Seorang pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya. Jika tidak dia akan tercicir dan sia-sia sahaja usahanya selama 1 semester. Di malam hari pula, seorang pelajar harus membereskan tugasan yang diberi, disamping harus mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal menjelang.

Ayahnya pula berkerja dia KL. Agak jauh Johor dan Kuala Lumpur kan. Malahan seorang ayah pula, apalah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki? Sibuk seharian bekerja, pulang ke rumah sudah pasti dia mahu berehat-rehat.

Dia diletakkan di bawah jagaan Nenek sebelah ayah. Ya, neneknya itu mahu menjaganya dengan penuh rela. Selama beberapa bulan, neneknya itu menjaganya hingga lah pada suatu hari, neneknya itu jatuh sakit hingga di tahan di hospital. Kudratnya sudah tidak mampu untuk menitip seorang bayi yang ternyata memerlukan perhatian yang khusus.

Kali ini, dia diletakkan di bawah jagaan Nenek sebelah ibu. Agak sukar bagi neneknya itu untuk menjaganya kerana neneknya itu seorang peniaga. Siang malam agak sibuk. Terpaksa neneknya itu mencari pengasuh untuk menjaga cucu kesayangannya itu. Meskipun berat, namun keputusan terpaksa diambil. Akhirnya, dia bersama Nenek Ros. Namun begitu, andai ada masa terluang, cepat saja neneknya itu mengambilnya untuk dijaga. 


Setelah mendengar cerita Amanda, ibu bermuhasabah. Betapa ibu bersyukur kerana ibu mampu menjaga Aisyah, meskipun masa terluang lebih banyak bersama pengasuhnya.

Syukur Ya Allah kerana Dikau memberi hambaMu ini peluang menjaga amanahMu.

Ibu terus berusaha untuk menjaga Aisyah. Hari Ahad adalah hari wajib bersama Aisyah. Segala tugasan di rumah ibu bereskan secepatnya pada hari Sabtu meskipun ibu terpaksa tidur lewat. Pagi Ahad, usai solat subuh pasti saja ibu akan menanak bubur untuk Aisyah dan menyiapkan sarapan aka makan tengahari berikutan ayah yang biasanya bekerja pada hari ahad. Saat, Aisyah membuka mata di awal pagi, Ibu terus melayanmu tanpa rasa penat.


Subhanallah..nikmat yang harus kusyukuri dariMu..


Nota kaki : Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia Maha mengetahui & Maha Adil. Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah kehendak dariNya. Bersyukurlah dengan semua yang berlaku. Usah merungut, malah teruskan usaha ke arah kebaikan..wallahuaklam..




Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code