Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Di Penghujung 2012


Tatkala bola mata hitam terpandang kalendar meja yang terletakkan di atas meja kerja...tetiba hati terasa sesuatu.. Bagai terkena renjatan elektrik. Terkedu.

Owhhh..sudah di penghujung 2012 rupanya. Almaklum ibu seorang yang perasan sibuk. Buat-buat sibuk. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Sudah 31.12.2012!

Bila BW, hmmm rata-rata bercerita tentang azam 2013.

Ibu? Tidak terfikir tentang azam tahun baru. Entah..mungkin malas nak memerah otak yang sudah sejuk beku sejak sekian lama. Sejak tamat pengajian di peringkat Diploma dan kemudian menolak pula tawaran untuk menyambung ke peringkat ijazah. Otak dah beku!
Perkataan 'sesal' tidak pernah wujud di benak kerana waktu yang sudah berlalu tidak akan mampu berputar kembali.

Berfikir secara positif. Sentiasa yakin denganNya. Kerana Dia Maha Mengetahui segala yang terjadi. Segala kejadian yang berlaku, segala dugaan dan rintangan yang melanda, bukan hadir untuk membebani kita tetapi untuk menguji kita. Redha & doa, redha & usaha, redha & bersyukur.

Ibu pernah terbayang, andai ibu ke peringkat ijazah mungkin ibu belum mengecapi kebahagiaan ini lagi. Wahh...bunyi macam orang kaya saja, punya segala. Tidak! Kebahagian bukan terletak pada wang ringgit semata. Wang sekadar keperluan. Cukuplah sekadarnya, berserdahana.

Kebahagian itu luas. Semua terletak pada keinginan diri masing-masing. Andai kita mencari kebahagiaan melalui wang ringgit, maka dengan adanya wang ringgit lah akan membahagiakan kita. Tidak punya wang, kita rasa susah hati. Contoh je.


2013 tidak kelihatan lagi. Azam ke angan-angan ke malas nak fikir. Yang penting, percaya rezeki ada di mana-mana selagi kita berusaha. Usaha pula bukan main membabi buta...wajib berlandaskan agama.



Kenangan 2012

Rumah
Mengimbau perkara-perkara yang terjadi pada tahun ini. Pertamanya, kami bersyukur kerana rumah yang kami beli 2 tahun lepas akhirnya siap sepenuhnya. Alhamdulillah..
Berdikit-dikit untuk pindah rumah baru. Bukan sedikit belanjanya, malahan beribu sudah habis.

Persiapan sebelum masuk rumah baru:-
- Pasang meter api (elektrik).
- Pasang meter air.
- Pasang lampu.
- Pasang kipas.
- Tinted. (tingkap & sliding door).
- Pasang grill.
- Table top (tak buat pon lagi- takde bajet).
- Lain-lain keperluan yang penting.

Senarai kelihatan pendek kan. Tetapi kami sahaja yang tahu begaiman mahu mengharungi kerana orang yang melihat hanya tahu bercakap. Bagi ibu, ada duit lebih terlaksana lah ia. Andai tidak, cukup sekadarnya. Berhutang demi mengubah suai rumah kami dielakkan. Hanya syukur yang mampu dilafazkan walaupun kami akui kami sering alpa.

Anak
Seiring dengan persiapan untuk memasuki rumah baru, begitu juga persiapan anak yang berada di dalam kandungan. Berdikit-dikit untuk rumah. Berdikit-dikit juga untuk membeli keperluan bayi.

31.12.12 - Aisyah menghampiri 8 bulan

Anak pertama kami yang lahir pada 2.5.2012. Sekali lagi, panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga. Nikmat kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Malah bekerja juga. Penat bukan satu ukuran alasan untuk tidak menunaikan kewajiban sebagai seorang isteri. Bukan juga ukuran sebagai seorang suri. Tiap kali keletihan menghinggap tubuh ini, sedang jua sang amarah datang menyinggah. Tapi, ibu cuba bendung dengan kalimah 'astaghfirullah'. Sentiasa mengingati keindahan Syurga walaupun ibu tidak layak sebenar-benarnya untuk ke situ.

Bonus
Tidak semewah mana nilai wang yang masuk ke dalam akaun. Tetapi, cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga. Merungut? Alhamdulillah, tidak. Malahan, lebih bersyukur kerana penat lelah bekerja akhirnya mendapat pulangan yang dikira setimpal.

Dapat juga abadikan 1 set sofa dengan duit itu kerana kami memang tidak punya sofa. Malahan, set meja makan juga belum ada.


Membawa si comel Aisyah pusing-pusing Melaka - Aisyah 6 bulan

Rezeki datang lagi untuk warga peneroka pula. Alhamdulillah.. Kami anak-anak peneroka generasi ke-2 turut mendapat bonus sedikit seorang.

Digunakan pula untuk menukar ke empat-empat biji tayar kereta viva ijo.

Kereta pertamaku..Januari 2010


Kami
Alhamdulillah...menyambut ulang tahun perkahwinan kali pertama kami bersama si comel dan ibu masih dalam pantang lagi ketika itu. 3.6.2011 tarikh kami diijabkabulkan.

Majlis persandingan kami


Di penghujung 2012 ini, ibu sekadar mengharapkan kebahagian kami berkekalan dan terus mensyukuri nikmat pinjaman dariNya. Terlalu banyak nikmat yang Dikau sajikan kepada kami.

Ibu tidak mahu menjadi hamba yang tamak. Segala yang Kau berikan adalah kegembiraan dan kebahagiaan kami. Harap ibu akan tabah menghadapi hari yang mendatang.

Wallahuaklam..






Nota Kaki : 31.12.2012 - Selamat tinggal 2012...









Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code