Aduhai Cik Aisyah Humaira Batuk - Uhuksss

By Mar Mansor - 4:17 PTG

Uhuk uhuk..

Uhuk uhuk uhuk..koh..koh..emmm...

zzzZZZ

Ibu bingkas bangun tatkala telinga terdengar bunyi batukan kecil dari jasad di sebelah pembaringan ibu. Bunyi batuknya kian keras bercampur kahak. Ibu tepuk belakang Aisyah dengan lembut. Aisyah masih lena walhal batuk-batuk. Bunyi nafas Aisyah juga seakan payah.

Koh..koh..koh..huk..aaaaAAA...

Terkeluar semula susu yang Aisyah minum jam 5 pagi tadi. Bantal dan tilam basah dibanjiri muntah susu Aisyah. Terkial-kial ibu bangun mencari kain lampin yang sudah kotor di dalam bakul untuk mengelap muntah di atas tilam. Tuala bersih hanya untuk mengelap mulut dan badan Aisyah yang sudah lencun.

Seakan tiada apa yang berlaku, Aisayh tidur semula. Perlahan-lahan ibu menanggalkan baju yang dipakai Aisyah. Masih lena. Perlaha-lahan juga ibu menyarungkan baju bersih ke badan Aisyah. Bantal yang sudah lencun ibu tukar dengan bantal lain. Enak sungguh Aisyah tidur.

Ibu sapu vick di dada dan belakang badan Aisyah. Ibu cium pipi Aisyah berulang kali. Ibu terlelap di sisi Aisyah dan bingkas bangun saat terdengar kokokan ayam dari telefon bimbit ayah.

:
:
:



Sampai di klinik, Aisyah adalah orang yang pertama. Tiada sesiapa yang menanti lagi. Alhamdulillah.

Sesi bersama Puan doktor:

Doktor : Apa masalah ye?

Ibu : Baby batuk tak baik-baik. Dah seminggu. Batuk berkahak.

Doktor : Amboi..bijaknya dia..

Doktor memeriksa dada dan belakang Aisyah menggunakan stetoskop (sebuah alat  untuk memeriksa suara dalam tubuh, banyak digunakan untuk mendengar degupan jantung dan pernafasan). Lama dan teliti.

Doktor : Ada ahli keluarga yang ada lelah?

Ibu : Emmm...kalau sebelah saya takde. Sebelah suami pun rasanya takde.

Doktor : Pada awal je saya ada dah dengar bunyi macam susah nak bernafas. Macam orang sakit lelah. Tapi, pada saya mungkin kahak sudah memenuhi rongga. Untuk masalah tu, saya bagi ubat batuk untuk cairkan kahak supaya mudah kahak keluar.

Ibu : Dia dah boleh minum ubat batuk?

Doktor : Jangan risau, ubat yang saya bagi ni bayi boleh minum. Perempuan mengandung pon boleh minum. Ni...emaknya pon boleh minum ni...(senyum)..

Doktor mencatatkan sesuatu di atas kertas.

Doktor : Rumah berhabuk? Kemungkinan juga ni..

Ibu : Haah. Saya pindah rumah baru..memang berhabuk.

Doktor : Ha..mungkin tu..duduk mana ni?

Ibu : Duduk ######. Perumahan baru. Memang banyak habuk.

Doktor : Ok. Kalau rumah berhabuk, adik jangan sapu. Lap dengan kain basah. Lap dinding-dinding. Lantai tu mop. Tapi jangan guna pembersih lantai sebab ada bahan kimia. Yang bagusnya, lap guna air panas yang mendidih.

Ibu : Air panas? panas..

Doktor : (senyum)..Lagi bagus, adik siram rumah tu dengan air bersih. Dari depan ke belakang. Saya baru je buat macam tu sebab saya baru pindah rumah. Tapi saya kena marah pulak...sebab ada kayu yang melending..(senyum lagi).

Ibu : (angguk)

Doktor : Pakai "serai wangi". Ada jual kat pasaraya, memang tulis "serai wangi". Itu pun bagus tu. Saya guna tu untuk lap lantai. Nanti serangga, semut, nyamuk tak masuk.

Ibu : (angguk lagi)

Doktor : Ada pakai ubat nyamuk?

Ibu : Takde. Yang letrik ada.

Doktor : Ha..stop..jangan pakai lagi dah.

Ibu : (diam)..

Doktor : Adik tau limau bali?

Ibu : Tau (dalam hati terfikir kenapa pula timbul pasal limau bali?)

Doktor : Kulitnya jangan buang. Itu berguna tu. Kan kulitnya lembut macam span..

Ibu : (angguk)

Doktor : Nak bakar pun boleh, keluarkan asap. Bau dia boleh halau nyamuk. Tapi kalau tak bakar pun boleh..letak je kat dalam rumah. Cuba tengok kat kebun limau bali takde nyamuk.

Ibu : oooo..(sengih)

Doktor : Kulitnya bagus untuk menyerap bau-bauan dalam rumah. Cuba lah. Tapi jangan lupa mop lantai, siram rumah tu. Buat selalu. InsyaAllah lah takde apa masalah nanti. Nanti bila dah siram rumah tu, esok pagi emmm rasa sedap je kaki pijak lantai.

Ibu hadam segala nasihat yang puan doktor berikan. Harap tidak ada yang terlupa nanti. Aisyah pula ralit bermain dengan mainan yang diletakkan di atas meja doktor. Kelentang kelentung bunyi sampai jatuh-jatuh mainan tersebut. Ligat sungguh Aisyah ni.

Setelah mengucapkan terima kasih pada puan doktor, kami menanti ubat pula. Lega hati ibu setelah membawa Aisyah berjumpa doktor. Sekurang-kurangnya masalah kesihatan Aisyah dapat diatasi dan banyak ilmu yang ibu dapat.


Aisyah bersama Mak Long Umi

Gambar takde motif




Nota Kaki : "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." ~Riwayat Muslim




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.