Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ayah Oh Ayah


Lutut sebelah kiri sudah lama terasa sengal-sengal. Kadang-kadang terasa sengal kerana lama duduk di kerusi dan kadang kala selepas duduk bersila di lantai kerana melipat kain. Susu anlene sudah berpaket-paket habis diminum. Sejak anak dara ibu memang setia dengan Anlene. Sebelum masuk tidur mesti minum segelas susu anlene tapi kadang kala terlupa juga. Cuma semasa mengandungkan Aisyah, ibu minum Enfamama, susu untuk ibu mengandung.

Sejak beberapa hari ini, tabiat minum nescafe dan milo semakin menjadi-jadi gara-gara terpengaruh dengan tabiat minum ayah. Hari-hari ayah bancuh nescafe sendiri sebab ibu tidak kuasa melayan ayah yang gemar minum minuman manis. Tetapi sering juga air nescafe ayah ibu pow hingga tinggal setengah cawan. Kemudian, buat muka comel mengalahkan Aisyah, minta ayah bancuhkan 1 cawan lagi.

Tetapi bagi ibu, minum air manis tidak dapat menghilangkan haus. Rasa sedap sehingga 2 cawan boleh dihirup tetapi tetap ke dapur mencari air masak untuk menghilangkan rasa dahaga. Ayah pula, air masak langsung tidak dijamahnya. Pernah beberapa kali ibu tidak menyediakan stok air manis untuk ayah. Bila ayah buka peti sejuk, dia akan bertanya..."Ayang tak buat air ke?"

"Takkkkkkk" Jawab ibu panjang sambil buat muka tidak bersalah. Bukan mahu derhaka tetapi ibu mahu ayah mengamalkan minum air putih. Sudah ternyata air putih memang baik untuk kesihatan.

Ayah pula tidak marah dengan perbuatan ibu. Dia tahu niat ibu baik. Tapi, engan selamba pula ayah memenuhkan peti sejuk dengan minuman berkarbonat dan minuman dalam kotak. Saje je...

Setiap kali ibu buka peti sejuk, terliur juga melihat minuman-minuman tersebut. Tuang juga segelas tetapi dicampur dengan air putih. Ayah tidak gemar dengan cara ibu, dia kata tak sedap. Tiap kali ibu melihat tabiat ayah minum air bergas dan manis, eh...geram pulak hati kite ni la...

Terpaksa juga membancuh stok air manis dan simpan di dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya, ayah minum air dari hasil air tangan isterinya. Bukan dibeli di kedai yang ternyata lebih membazir.

Semalam ibu mengadu pada ayah yang lutut kaki kiri ibu sakit, sengal-sengal. Buat muka comel minta ayah picitkan. Sambil picit ayah kata.......


"Eleh pandai nasihat orang suruh orang minum susu Anlene konon....ha tu sakit lutut tu kenapa?"





Wakakakakaka....terasa kepala seperti dihempap batu besorrrr...



Nota Kaki : Tak baik mengeluh kalau kita sakit. Kalau tak suka sekalipun, jangan sampai terluah bukan-bukan dari mulut...sesungguhnya DIA Maha Pengasih..wallhuaklam..


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. nory pon suka minum air manis....
    tp skrg tgh cuba kurangkan, dan cuba berjinak2 nk minum air putih byk2...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga berjaya..minum air putih 2 liter tau..:p

      Padam
  2. sesekali mengeluh untuk mengadu kesakitan kepada suami..x salah kan.. =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code