Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Apakah Perasaan Ini


Pagi ini, satu kejadian di luar jangkaan ibu berlaku. Menggigil rasanya tangan ini ketika memegang erat stereng kereta. Berdecit bunyi brek kereta di lorong sebelah kanan gara-gara brek kecemasan. Ha!!!!!!
Bukan salah ibu..bukan...

Berderau darah ini walaupun kelihatan seperti tiada apa-apa. Tetap memandu ke tempat kerja dan memulakan tugas seperti biasa. Hakikatnya, tidak pun. Buka blog adalah.. Kerana tidak sabar-sabar mengongsikan kisah ini.

Ibu memandu di lorong kiri sebab ibu akan menyusur ke kiri dalam jarak 500 meter lagi. Memandu dengan tenang, seperti selalu. Sehingga tiba-tiba di satu simpang, sebuah kereta proton iswara lama berwarna biru memberi signal mahu keluar. Ibu brek sedikit. Kemudian kereta itu berhenti. Ibu pula menekan minyak dan tiba-tiba kereta itu langsung keluar dari simpang dengan terhegeh-hegeh. Tahu sahajalah kereta yang mahu keluar simpang macam mana kan....

Ibu yang menekan minyak, terkejut tiba-tiba. Kaki kanan seolah-olah gagal menekan pedal brek, gara-gara terkejut. Huh!!!!!!!!! Jantung berdetak laju.

Kereta ibu sudah menyimpang ke tengah, mengelak kereta biru yang tiba-tiba keluar mendadak. Ibu sudah hon sebelum kereta ibu menyimpang tetapi kereta itu tetap keluar dan mulai ke tengah jalan. Dapat bayangkan bagaimana sekiranya kereta di lorong kanan (jalan sehala 2 lorong) tidak membrek hingga berdecit tayarnya? Itu baru kereta kancil. Kalau kereta yang lebih besar??? Masya Allah...

Si kereta biru pula seakan tidak bersalah. Boleh pula keluar simpang dengan selamba dan ke tengah jalan. Gila ke?? Siapa pemandu yang tidak berhemah itu? Keluar lah simpang selepas kereta ibu melepasi simpang itu!! Belakang kereta ibu sudah kosong pun.

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...


Trimas En. Google


Amalkan lah doa ini, moga kita sejahtera hendaknya dan dijauhi dari segala kesukaran. Amin. Berdoa adalah senjata orang Islam, usah memperlekehkan orang-orang yang berdoa kerana berdoa adalah meminta kepada Yang Maha Kuasa, Allah SWT.




Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil Qada' dan QadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada aslah seorang hambaMu, atau nama yagn Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.




Nota Kaki : Subhanallah...





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. biasala tu zman sekarang, nak cepat je yg dye tahu, keselamatan tolak tepi...btw, thanx tuk p'kgsian doa tu... (@_@)

    BalasPadam
  2. ya allah bahayanye.ish kete yg bwk tuh lelaki ke pompuan..nasib ibu takde pape.TC ibu ;)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code