Hari ini hari pertama bekerja semula selepas cuti berhari raya. Mood bekerja masih belum ada. Kepala masih memikirkan ketupat, rendang, lodeh dan sambal kacang. Mngkin bagi setengah orang sudah jemu dengan menu ini tapi ibu tidak. Ibu suka sangat rendang dan ketupan mahupun nasi impit. Meskipun ibu sudah berjaya memasak semua menu itu di hari terakhir ramadhan, ibu tetap rasa tidak puas untuk menjamah menu-menu itu.
Semangat memasak..
Itu kisah sebelum raya. Kisah sepanjang raya pula, terlalu banyak. Yelah, dah nama pun berhari raya. Beraya ke sana ke mari dengan baju raya sedondon anak beranak. Sangat suweeeet.
Kisah Cik Aisyah yang sememangnya tengah nakal dan tidak betah duduk diam. Terlalu banyak pekerjaannya. Terlalu sibuk mengalahkan PM. Ke sana ke mari dengan laju. Masih tidak tahu apa erti TIDAK. Belum hal tangannya yang laju mencapai bermacam-macam benda. Memang dia tengah lasak. Tak kan ibu mahu jadi tarzan pula di rumah orang. Ye dak? Andai cakap TIDAK, STOP, NO, DONT dia tetap juga melakukan perkara yang dilarang. Baru 15 bulan, begitulah. Cuma yang ibu mampu, ajarinya dengan sebaik mungkin.
Kerenah Aisyah yang sudah pandai meminta-minta dan melalak andai permintaannye tidak dituruti. Tak kan ibu mahu menepuknya juga di situ. Tidak manis bukan? Sekadar cakap, TAK BOLEH. Cakap pun, bukan dia faham. Dah nama pun bayi lagi. Belum lagi hal Aisyah yang mengangkut balang kuih dan beri kepada ibu kerana minta dibukakan. Huh...
Kisah kereta hari raya? Semestinya abah dan emak. Proton Saga SV FLX nya. Ohh..juga Pak Cu Wan yang juga berkereta baru raya kali ini. Nissan Almeera. Wow... memang puas hati. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, pulang ke rumah sendiri dan pulang dari beraya, kereta baru kelihatan terlalu banyak di jalan raya.
Ibu? Mestilah bersama Viva kesayangan ibu. Sudah hampir 4 tahun bersamanya. Anak pun baru seorang, muat lagi. Kadan-kadang tu pekakkan saja telinga orang-orang keliling yang menyuruh membeli kereta baru yang lebih besar. Kereta yang ada bonet besar, cc besar dan semestinya wang pun BESAR!
Bukan tidak mahu, mahu tapi bukan sekarang. Kereta, rumah, barang dalam rumah, semua kena beli. Semua tu perlu menggunakan duit. Meskipun duduk di rumah sendiri, masih jauh lagi perjalanan untuk membayar bulanan rumah tersebut. Kurang dari 25 tahun. Eh..lama tuuuuuuu.. Kalau dikira dari segi kewangan ibu, 1/3 dari gaji ibu, ibu boleh memiliki kereta yang ansuran bulanan berjumlah RM600 ke bawah. Belum termasuk gaji ayah. Tetapi, semua itu hutang. Bukan mudah berhutang. Kelihatan amat mudah tetapi akan datang, diri sendiri yang merana. Ada ke orang kisah?
Impian ayah..
Emm..abah dan emak ibu pun tidak pernah berkata apa-apa tentang perihal anaknya ini. Yelah, mereka lebih tahu. Meskipun abah dan emak sudah senang sekarang ni, perit jerih membesarkan kami bukan mudah. Hidup ibu seperti abah. Tidak suka menunjuk-nunjuk. Pakai apa yang ada. Makan apa jua rezeki dari Allah. Tidak memilih, tidak menolak.
Biar nampak tidak bergaya tetapi ada duit ketika amat memerlukan. Semua itu hanya harta dunia. Yang penting kan harta di akhirat kelak.
Kisah hati, ibu jelak dengan orang keliling yang terlalu prihatan. Ye..dia sayangkan ibu barangkali. Kadang-kala ibu berfikiran positif juga, sekadar ambil hati. Tetapi ibu mulai muak jika berulang-kali telinga ini menadah perkara yang sama. Belum lagi leteran yang memanjang hingga telinga ini tidak mampu bertahan dan terasa seakan terkeluar semula. Ibu punya emak. Punya abah. Mereka lebih kenal perihal anaknya ini. Kadang kala ringan sahaja mulut ini membalas balik kata-kata itu. Tetapi diri ini sedar, keberadaan diri sendiri dan kelancangan mulut mungkin membawa padah. Dan sudah pasti akan bermasam muka.
Terus berbuat tidak dengar dan itu adalah yang terbaik. Pekakkan telinga. Katupkan mulut. Diam. Ya...lebih nikmat.
Nota Kaki : Mood rayeeeeeeeeeeeee...
5 Ulasan
comel aje aishah minx dibukekan kuih hehe..
BalasPadammasih mood raya jgk ni. tp bisnes tetap jalan, hihi!
BalasPadamtak best bukan PC sbb dah start keje..huhuhu
BalasPadamSelamat hari raya Mar ...
BalasPadamRajin memasak ye Mar :)
Selamat Hari raya semua..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.